Thursday, September 23, 2010

nak suka ke nak cinta??

anak murid semua bangun..
angkat beg pergi balik rumah sekarang!!


SUKA dan CINTA.





dua perkataan yang dah terang-terang berbeza bunyi dan ejaan. sukakah ND pada dia? atau cintakah kepada dia? atau mungkin juga ND masih keliru dan tak dapat bezakan antara suka dengan cinta. uishhh.. dasat yang amat perasaan ini. tuhlah sibuk lagi nak menggatal. kan sendiri yang dah dapat susahsengsaraderita. padan dengan muka. auuwww.. tak sesuailah dengan aiinyahhh~

kau tahu ke SUKA tuh macam apa? boleh tolong terangkan dekat ND? ND nih memang lembab lagi berbasabasi kalau bab-bab perasaan nih. kunun jerklah kan. padahal lelaki keliling pinggang merata negeri dan negara. hahaa. dah mula fikir lainlah tuh. betul apa. kan setiap negeri dan negara ada ramai lelaki. apa daaa ba alif ngang punya orang. kih3

boleh tak kalau ND cakap suka tuh macam makan ais krim?? kenapa macam makan ais krim? yerlah kan. ais krim tuh kan ada macam-macam rasa, macam-macam warna, macam-macam brand kan. kalau sedap kita makanlah lagi ais krim tuh. kalau tak sedap kita cari ais krim lain plak. betul ke tak? ada ke orang dah makan ais krim yang tak sedap dia nak beli lagi ais krim tak sedap tuh?? kala ada pun mesti orang tuh deria rasa dia dah rosak teruk. orang gila pon tahu benda sedap dengan benda tak sedap kan..

cinta tuh macam mana plak?? aisehhai.. ND pon tak tahu nak describe macam mana cinta tuh. terkedu lidah terpaku mata terstuck otak bila nak fikir macam mana cinta itu. hebat sungguh penangan cinta nih kan. kalau tak, tak delah perempuan yang sanggup serah jiwa dan ragamotorsikal pada kekasih dia kan. haaa.. yang tuh cinta nafsu. habis tuh kalau cinta sejati macam mana? cinta selepas kahwin? cinta kepada ALLAH, rasul dan keluarga itu sudah semestinya. cinta kepada pasangan macam apa? uhhhh.. pening nih haaa kepala den macam mana nak tafsirkan cinta itu seperti apa.

atau pun perasaan cinta itu seperti ini. bila kita rasa selamat dengan dia. bila dia sentiasa berada susah dan senang untuk kita. bila dia mengambil berat tentang kita. bila dia sanggup membela kita tatkala kita dianiaya. dan bila-bila lagi. macam itukah namanya cinta?? cinta itu terlalu agung. sebab itu ada cinta romeo dan juliet. sebab itu ada cinta laila dan majnun. sebab itu juga ada cinta DARHAM dan BUINAH walaupun berbeza negara. kerana cinta DARHAM dan BUINAH telah lahir seorang manusia bernama NOOR ASMAWATI. ehhh.. ada kaitan ke nih??cettt.. saje nak promo diri..

uikkss.. agak lama juga kepala ND memikirkan idea untuk entry nih. sekarang ND sudah ada incik YY. cintakah ND pada YY?? persoalan yang mampu dijawab oleh hati ND sendiri dan tak dapat dikongsi dengan orang lain..


nOta kHaki: mudah-mudahan hubungan kami dirahmati, diberkati dan terpelihara..amin~

0 makhluk comel yang memekak dekat sini: