Thursday, September 23, 2010

RESEPI:Air Kacang Soya

anak murid semua bangun..
salam dan selamat sejahtera..


hari nih cikgu ND nak ajar murid-murid sekalian macam mana nak buat air kacang soya. resepi nih cikgu ND dapat daripada Chef Rai. meh kita tengok apa dia bahan-bahan yang kena gunakan untuk buat air kacang soya nih..



bahan-bahan:-
kacang soya
daun pandan
gula
air




cara-cara membuatnya:-




rendam kacang soya selama 4 jam. Chef Rai cakap kalau lebih masa nanti masam plak.






kacang soya yang telah mengalami perkembangan selepas 4 jam. comey-comey~






kemudian, blender kacang soya tadi. lepas tuh perah guna penapis kain yang selalu mamak bancuh teh. kalau tak de cari napkin BERSIH untuk tapis kacang soya. jangan plak murid-murid guna stokin yerk kalau tak de napkin. (tergelak masa baca celoteh Chef Rai pasal nih)






masak atas api yang sederhana. bubuh daun pandan dan gula ikut rasa. masak lebih kurang 30 minit atau sehingga ada perubahan bau kacang soya. pandai-pandailah korang rasa. jangan lupa air kacang soya nih kena kacau selalu dan jangan guna api besar.






tadaaaa.. dah siap pon kan air kacang soya. boleh dihidangkan panas atau sejuk. kalau nak kalerful murid-murid boleh letak sirap ke, perasa pandan ke perasa tebu ke. sedapkah rasa air kacang soya pastuh tambah perasa tebu??yerkksss....


thanks yerk Rai sebab banyak sangat resepi yang best dan marveles yang Rai buat. selalu gigit jari jerk tengok gambar yang mengiurkan tuh~



nOta kHaki:uhuuu..resepi nih buat masa cuti hari tuh..dah balik asrama memang beli jerklah air soya kat pasar.. ;(

1 makhluk comel yang memekak dekat sini:

░♥si lampu neon♥░ said... Reply To This Comment

wehh beli je lg senang !tak payah tguu berejam2 nak rendam pe bagai ~~ hoooohh tp ko buat ni ke ? kagommm sioooott perlukan kesabaran yg tggi hahaha