Tuesday, October 19, 2010

rindu segalanya

salam semuanya..

ini adalah entry pendek. sangat jarang ND akan update blog di waktu petang. mungkin hari nih BB tidak meroyan seperti sedia kala. i lap u lah BB!!ngeh3

aku rindu pada semuanya
pada segalanya yang berlaku dalam hidup ini
yang manis mahu pun yang pahit
yang suka mahu pun yang duka
tak ku peduli apa yang telah merubah diri ini
kerana itu lumrah kehidupan manusia
biar banyak mana halangan
biar setinggi mana pun cabaran
biar sedalam mana pun lautan pancaroba
akan ku cuba harunginya dengan sabar
kerana liku-liku kehidupan mendewasakan aku
sehingga aku berdiri pada hari ini
aku hari ini bukanlah aku 10 tahun yang lalu
dan kehidupan aku pada masa akan datang
telah ditentukan oleh Qada' dan Qadarnya
dan aku juga pasrah dengan ketentuan-Nya....


nOta kHaki:sebanarnya nak tulis entry pasal rindu nak memasak. sekarang jadi entry lain plak. aisehhaii~~

0 makhluk comel yang memekak dekat sini: