Saturday, November 06, 2010

kerana aku, kau, dia, mereka dan kita semua

GRAND DINNER BATCH PISMP JANUARI 2007

ada yang setuju tapi yang tak setuju lagi banyak..
kenapa??mengapa??sebab apa??
boleh fikir sendirilah kan..
lelaki mungkin tak de masalah..tapi perempuan??
baru peringkat perancangan dah ada mulut-mulut puaka bisa..

heii..nih entry umum..
siapa yang nak terasa silakan..
tiada nama si polan dan si polin yang dicatatkan..
segalanya ini berkisarkan luahan dan pandangan..
tak suka, jangan teruskan pembacaan..
walau mungkin anda tahu kebenaran yang nyata..
depan cakap lain belakang cakap lain..
itu lumrah manusia..
kenapa perlu ada dusta nista??

kita berkawan, kita bersama selama hampir 6 tahun..
banyak yang dikongsi banyak yang dirasa..
mahu pun manis atau pun yang pahit..
banyak yang dilalui banyak yang ditempuhi..
walau kadang memberi suka dan kadang memberi duka..
kerana kita semua berlainan..
ternyata aku dan kau berbeza..
malah kau dan dia juga berbeza..
pandangan kita tak pernah sama..
walau kita serumpun sebangsa semalaysia..

kenapa perlu ada stigma itu??
aku budak ini kau budak itu..
kita memang berbeza dari semua segi..
tapi itu bukan penghalang untuk bersatu..
kenapa kita tak pernah seia sekata??
kerana dalam hati tak pernah ada rasa puas hati..
kenapa ada cakap-cakap belakang??
kerana aku, kau, dia, mereka, kita semua
tak mampu nak sakitkan hati secara terangan..

yaaa..
dan kerana aku juga tak mampu..
tak mampu untuk menyakitkan hati kawan..
lebih-lebih lagi perempuan..
walau aku memendamnya keseorangan..
apakah aku juga berdusta nista
meluahkan segalanya di sini??
agar tiada orang yang terasa sakitnya ditusuk sembilu..
hirisnya percakapan yang menikam kalbu..



nOta kHaki:buanglah perasaan itu..perasaan tidak puas hati sesama sendiri..berkatalah benar walaupun pahit..bercakap belakang bukan jalan terbaik..dan aku jadikan kamar ini untuk meluahkan perasaannnnn....

0 makhluk comel yang memekak dekat sini: