Friday, November 05, 2010

hati dan semangat silalah kuat


hari nih hujan lagi.walau pun mungkin tak selebat hari-hari sebelum nih.sekarang pon tengah hujan panas.wahhh.semua nak cerita pasal hujan dan banjir.dan itu memang sindrom yang sedang melanda Perlis dan Kedah nih.dekat facebook sahaja dah macam-macam gambar tentang banjir sana banjir sini.weiii.i bosan kottttt asyik tengok gambar jerk!!!!cubalah you letak gambar-gambar hot chicks cool dudes perayaan deepavali nih~

minggu depan ada sekeping *berkeping-keping soalannya* lagi kertas peperiksaan yang perlu dijawab.ehhh.darurat time banjir nih tak boleh ke buat pengecualian jawab exam??bagi jerk markah A- kan senang.semua orang dapat markah sama kan adil begitu??tak payah nak susah-susah kepala otak fikir tentang nak study, mana nak selamatkan harta peninggalan kat rumah sewa lagi.oohhh.bajet macam ND nih budak outsider kan.hik3 ;) sebenarnya ini alasan malas nak study

tapi serius beb.fenomena banjir nih telah melumpuhkan semangat orang lebih-lebih lagi manusia yang bernama NORA DANISH NOAH DARHAM nih haaa.bila banjir kan cuaca sejukkkkk jerk.mata pon mulalah stim-stim sehangat taik ayam bila mengadap nota.lagi ditambah dengan perencah perut berdondang dendang.perghhh.resepi yang sangat mantap untuk meninggalkan nota dan segala bahan ilmiah tuh.dalam kepala lutut otak nih cuma terbayangkan makanan yang sedap-sedap belaka tuh.weee weee.i memang gila kentang kuat makan okeh.nasib sahaja badan masih slim trang tang tang dan tidak seperti DOTTIE (O_o) ouchhhh.nak makan pizza hut, nak makan Ayamas, nak makan Kenny Rogers, nak makan Choc Indulgence.uhhh.i memang hebat kalau bab-bab makanan okeh~

sekarang kepala lagi ligat terbayangkan spagethi.uhhhh.janji kepada si Bella masih tak dapat ditunaikan.aisehhaii.minggu depan nak balik dah.harus mencari masa untuk memasak spagethi yang diminta.mampus ND kalau tiba-tiba nyawa ditarik balik tak sempat nak tunaikan janji pada si budak besar Bella itu.mahu tergantung-gantung jerk roh ND nanti kan.tunggu ekh Bel, akak cari masa.lagi pun tengah banjir nih sesak juga nak beli barang dekat kedai.faham-faham jerklah kan~

bila musibah dan bencana melanda, hati dan semangat harus kuat!!ehhh.i sedang memberi motivasi nih okeh.silalah memberi perhatian~segala musibah dan bencana yang ALLAH turunkan kepada manusia nih pasti ada hikmah kan.semua musibah dan bencana alam yang dilimpahkan nih pun atas kesalahan dan kezaliman yang telah manusia lakukan terhadap bumi.ye ke dak??nih mengikut fikiran logik ND ekh.siapa yang tak setuju tidak mengapa.sekadar pandangan daripada umat ALLAH yang diberikan akal dan fikiran untuk berfikir dan meneroka mengapa semua ini terjadi.

dan sekarang ND lagi sedang berusaha gila babas nak menguatkan hati dan semangat supaya mood untuk study kembali ada.nampaknya ND kena bertapa di dalam gua hira' bilik B102 nih lagi.tiada lagi bebelan sengal, tiada lagi datingan, tiada lagi facebooking.ohhhh.itu yang terbaik mungkin!!arghhh.dan yang paling penting kena sorok incik lappy dan incik beruk dekat dalam locker.uhuuu.berkorbanlah sekejap daripada melayari dunia fantasi dan maya demi sekeping kertas peperiksaan.heiii.ayat sudah menjadi sadis dan touching nih!!

dan kerana hati dan semangat sedang dimotivasikan, ND telah berjaya mengemaskan bilik ini dan membuat sepah di pantry.okeh suka hati ND nak buat sepah dekat mana.lagi pon tiap-tiap bulan elaun ND telah dipotong.you all ingat ND nih nakal sangat ke nak bagi susah mak cik cleaner tuh?ND cuma letak barang-barang ND dekat pantry jerk.penuh separuh cabinet dengan kotak-kotak ilmiah sepanjang ND menjadi penduduk tanpa izin tetap di IPG Perlis nih taw.barang-barang praktikum masih lagi tersimpan rapi lebih-lebih lagi ABM.banyak juga ABM yang telah ND berjaya hasilkan.sayang kotttt nak sedekah dekat tong sampah.biarlah menjadi kenangan masa jadi guru praktikum~~lagi ayat tak boleh blah!!

sekejap ekh.bantuan makanan telah tiba!!!!hip hip hoorayyyy~

ahhhaaa.ini dia bantuan makanan sudah dapat.lauk yang agak best daripada sebelum ini.sup daging dan telur rebus.okehlah tuh kan daripada ikan jaws ikan sardin jerk.ND tak makan sardin so kalau dapat makanan tuh memang tak ambil pon.bukan nak demand tapi biarlah orang lain yang makan.kalau ND ambil tapi tak makan, kan dah buat penganiayaan kepada makanan dan manusia yang memerlukan.ada rasa jugaklah sup daging nih.oohhh perut sudah tidak berdondang dendang lagi.tapi ada ayat tak best masa ambil makanan.BANTUAN MAKANAN YANG TERAKHIR.heiiiii.nih ayat puaka apa nih??alasannya pusat bekalan bantuan makanan dah ditutup!!!!oohhhh what the fish.ND tak mahu komen~


nOta kHaki:masih lagi terus menaip dan menaip tanpa disedari incik beruk sudah lama men'disconnect'kan diri..HAMPA!!!!

1 makhluk comel yang memekak dekat sini:

nabella alias said... Reply To This Comment

owh..! terharunya! haha..
xpe2.. klo x sempat.. bermakna.. akak kena la datang perlis lagik.. time tuh.. sila2 lah..~~ hehee..~