Thursday, December 16, 2010

kisah si lesung batu dan sambal kicap


6 Disember 2010, Isnin 1.15 p.m

Tadi masa tengah sibuk tumbuk bawang nak masak, tiba-tiba I teringatkan satu kisah. Kisah si anak mak cik Tipah *bukan nama sebenar* yang bernama Aminah *juga nama palsu* yang sangat pandai membuat sambal kicap. I pon tak pernah terfikir nak buat sambal kicap macam yang si Aminah tuh buat. Eheheee.

Cerita nih mak I yang dendangkan dekat I. Mak cakap buat pengajaran pada masa hadapan. Kisah yang berlaku masa yang zaman sekolah menengah dulu. Kisahnya begini. Mak Cik Tipah nih kira macam best friend Mak Cik Ina *nama sebenar Mak I* lah. Anak sulung dia si Aminah nih tua 3-4 tahun gitu daripada I. I pun tak ingat sangat umur dia berapa dah sekarang. Senior masa dekat sekolah I dulu. Adik dia pon kamceng juga dengan I walaupun kami tak sekamceng kucing ;)


Lalu mak cik Tipah pon cerita lah perihal si Aminah nak buat sambal kicap. You all pon tahu kan nak buat sambal kicap tuh macam mana. Hiris bawang merah, bawang putih, potong cili padi, bubuh kicap. Nahhh. Dah sedia untuk dicicah dengan lauk. Tuh resepi yang simple punya. Kalau nak advance sikit, tumbuklah si bawang merah, bawang putih dengan cili padi tuh. Lepas tuh baru tuang kicap dalam bekas. *Siapa yang tak tahu juga buat sambal kicap semudah ini, memang buta dapur*


Tapi yang si Aminah nih buat lain daripada yang lain. Macam yang cakap mula-mula tadi. I pun tak pernah terfikir nak buat cara macam yang si Aminah nih buat. You all nak tahu ke dia buat sambal kicap tuh macam mana?? Meh sini cheq nak habaq mai.Aminah buat sambal kicap menggunakan proses tumbuk-menumbuk dengan incik lesung batu. Elok jerk dia tumbuk bawang merah, bawang putih dengan cili padi tuh. Dah lumat-lumat siap boleh buat masker lagi. Ehh. You all sanggup nak pakai masker bawang dengan cili padi?? Dan aksi yang paling tak disangka-sangka ialah si Aminah nih pergi TUANG KICAP DALAM INCIK LESUNG BATU UNTUK DITUMBUK SEKALI. Ya Allah. You all boleh bayangkan tak tumbuk kicap CECAIR dalam lesung batu? Mahulah tak percik-memercik macam bunga api kan. Plak tuh si Aminah nih boleh cakap dekat mak cik Tipah kenapa kicap nih percik-percik dekat muka dia. Reaksi mak cik Tipah? Itu I tak tahulah sebab mak I tak cerita.



*ini gambar hiasan dan aminah tak gunakan lesung besar nih nak buat sambal kicap*




Adoyaii. Kenapalah kepala senget punya si Aminah nih. Tak boleh fikir guna logik akal ke?? Untuk pengetahuan you all si Aminah nih budak yang pandai dalam akademik. Dan sekolah I tuh antara sekolah yang star dekat tempat I. Adeh. I tak tahulah plak otak budak pandai nih macam tuh sekali bila menjejakkan kaki dekat dapur. I memang tepuk dahi jerk bila mak cerita macam tuh dekat I. Mak siap pesan macam nih lagi dekat I:’ Angelina Jolie, jangan harap pandai belajar jerk tapi masak pon tak tahu. Orang perempuan belajar tinggi-tinggi pon dapur tuh tempat wajib juga.’ Haaa. Begitulah azimatnya pesanan mak I.  
 
I nih walaupun akademik pandai tapi tak dapat dikesan tapi I agak hebat di dapur. Mak selalu suruh i masak sendiri. Sebab tuh i suka masak benda-benda yang pelik daan mak dengan abah tak makan. Macam spagethi, macaroni. Deii minachi. Mak dengan abah I tuh selera kampong. Tak denya layan makanan macam tuh. I ajak makan pizza hut pon abah siap bagi duit suruh beli sendiri makan dekat rumah. Makan KFC pon tapau jerk bawa balik rumah. Alasan mudah abah: nanti lagi macam-macam nak makan kalau tak tapau. Huhhh. Mudahnya menjadi orang lelaki. Tak memikirkan sesuatu perkara serumit yang difikirkan oleh perempuan.
 
Dan disebabkan kisah si Aminah anak mak cik Tipah tuh I pandai masak. Mak dengan abah tak de nak ajar-ajar I masak macam mana. I selalu masak nasi hangit *sebab tak de rice cooker*. Nak tunggu nasi keringlah. Nak kena kecilkan apilah kalau nasi dah kering. Dan akhirnya abah belikan rice cooker supaya I masak nasi tak hangit lagi. Tambah lagi abah belikan ketuhar sebab dia tahu I suka masak ayam bakar dan mencuba masak kek yang selalu bangkit. Dan macam-macam lagi peralatan memasak yang abah belikan untuk I tahu. Huhh. Baik sungguh hati si abah I tuh kan.




*uhhh..sedapnya sambal kicap makan dengan nenas..nyumm nyumm terliur dah nih*



bila ND memekak:
Otak kalau geliga pon buat sambal kicap pun failed, baik jadi geng katak jerk. Ehhh. I suka tengok Putera Katak!!!!