Friday, December 17, 2010

hip hip hoorayyy..nak lompat setinggi gunung!!!!


salam buat semua..

hari nih result exam semester 8 dah keluar. ohh. penantian yang menyesakkan kepala. penat I tunggu nak dapat result nih. sampaikan malam ku bermimpi indah gitu. ouchhh!!


ye yeahhh..nak lompat setinggi gunung dalam lukisan
result I tak delah segempak result orang yang otaknya pandai bergeliga. I nih otak picisan jerk. malas nak belajar perah-perah otak nih. dan kalau tak percaya I pernah demam lepas jawab exam!! itu cerita semester lepas disebabkan kesusahan soalan yang ditanya. tanya soalan susah-susah memanglah aku pun susah nak bagi jawapan kan. alih-alih demam terus!!

mesti ada yang tertanya-tanya kan berapalah pointer yang I dapat tuh kan. yerlah mehlah I berterus terang jerk dengan you all. pointer I untuk semester terakhir ijazah hanyalah 3.79!! whoaaa *mulut ternganga keluar air liur* percayakah you all?? masa I tengok dekat website tadi pon macam percaya tak percaya jerk. tapi syukurlah beb. berbaloi dengan usaha I bertungkus lumus tolong mangsa banjir *ehh ada kaitan ke?* masa musim exam hari tuh.

pointer terkumpul I tak delah banyak mana pon. setakat 3.66 jerk. sama dengan roommate I. dapat 3.79 tuh dah kira banyak tuh. nak maintain pointer pon ketar tempurung kepala nih haa. lagilah nak dapat PMGT gedebuk macam PMG. I punya otak nih otak picisan. sekejap ingat kang kejap lagi lupa. habis jerk exam I terus simpan segala nota kaki, nota toyol dalam kotak. tak mahu pandang buat kali kedua ketiga dan keseratus pon!!

sudah malas I nak membebel tatkala orang lain membuat taik mata. ya Tuhan, aku bersyukur dengan kejayaan dan kegembiraan yang telah Kau berikan kepada aku dan kawan-kawanku.

bila ND memekak:
okay. cek mie dengan ed nantikan balasan bang bang kebaboom daripada aku yerk!!!!