Saturday, December 18, 2010

Masalah Kulit Wajah Bahagian 1


salam buat semua..

sekarang I dah gila kentang goreng nak buat segala tips dan petua petui. kenapakah?? ehh. suka hati I lah kan nak buat entry pasal apa pon. ngehh. sendiri rasa sentap~at least ada jugalah I nih bagi maklumat ke pengetahuan ke. tak de lah you all asyik baca entry nak hentam orang, entry masak tak jadi dan segala macam entry yang sengal-sengal syiok gitu.

di keheningan malam nih I nak bagi maklumat tentang masalah kulit muka dan juga solusinya. ini semua maklumat yang ceduk dekat mana-mana sumber yang boleh dipercayai terutamanya majalah Rapi. so check it out!!


1)Masalah JERAWAT *bukan macam I okay. I kes terpencil*
Jerawat merupakan keradangan (inflamasi) tisu pada bahagian kelenjar minyak (sebaceous). Perkataan jerawat lebih menunjukkan kepada jenis jerawat umum iaitu 'acne vulgaris'. Ia merupakan suatu penyakit yang berlaku pada unit 'pilosebaceous' (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak) pada bahagian kulit. Jerawat jenis ini merupakan jenis jerawat yang sering dialami oleh individu terutama remaja dan dewasa pada awal umur 20-an.

CARA MENGATASI:
-->Bersihkan wajah setiap pagi dan malam hari dengan pembersih wajah yang sesuai dengan jenis kulit muka.
-->Guna penyegar supaya kulit sentiasa lembap.
-->Minum air putih dan ambil vitamin C. Air akan membantu membersihkan kotoran dari dalam tubuh, sementara Vitamin C membantu pembentukan sel kulit baru.
-->Agar jerawat cepat kering, gunakan masker khusus untuk jerawat.


2)Masalah JERAGAT@BINTIK PENUAAN
Jeragat merupakan bintik-bintik hitam yang timbul di serata wajah. Kebanyakkannya timbul di bahagian hidung, tulang pipi dan dahi. Jeragat merupakan pengumpulan pigmen di dalam kulit yang mempunyai sedikit atau tiada pigmen. Pigmen di dalam kulit meningkat untuk melindungi lapisan dalam akibat pendedahan berterusan kepada cahaya matahari. Dalam kes tertentu, masalah jeragat boleh membawa kepada masalah kanser kulit.

CARA MENGATASI:
-->Pastikan rutin penjagaan kulit seperti membersih, menyegar, melembap serta penggunaan krim siang dan malam tidak diabaikan.
-->Dapatkan krim anti penuaan yang sesuai dengan jenis kulit dan amalkan penggunaannya.


3)Masalah WHITEHEADS
Binti-bintik kecil berwarna putih yang timbul akibat pengumpulan sebum atau minyak yang mengeras di dalam pori-pori kulit apabila sebum menyumbat folikel rambut yang jauh ke dalam kulit.

CARA MENGATASI:
-->Guna krim anti 'whiteheads' dan jangan lupa untuk menggunakan skrub sebagai rutin penjagaan.


4)Masalah BLACKHEADS
Blackheads bukanlah kotoran dan tidak boleh dibersihkan. Ia terjadi apabila sel kulit mati dan sebum menyumbat folikel rambut di permukaan kulit. Blackheads menyebabkan pori-pori kulit berminyak membesar dan teksturnya menjadi kesat dan kasar. Apabila pori tersumbat sepenuhnya, jerawat akan timbul dan blackheads boleh menyebabkan akne.

CARA MENGATASI:
-->Jadikan skrub dan penggunaan masker sebagai langkah pencegahan. Lakukan rawatan facial untuk mengatasi masalah ini sekurang-kurangnya seminggu sekali.
-->Penggunaan krim pemutih juga antara salah satu cara untuk mengelak blackheads.




alolooo..tomey tomey baby danish nih..macam aunty ND dia kan~


bila ND memekak lagi:
kulit muka I dah kembali licin cuma tak seputih dulu ;(