salam buat semua
penghulu segala hari nih I nak kongsikan tips-tips untuk cantik comel cun melecun double thumbs up macam I. oohh oohh sangat gilakan publisiti. cukup!! kita teruskan dengan tips-tips cantik comel daripada I. semoga terhibur.. auwww3
.:PASTIKAN anda mengamalkan rutin menyegar dan melembap sebelum proses solekan dimulakan. sebaik-baiknya pelembap diratakan ke seluruh wajah 20 minit sebelum solekan dimulakan.
.:Apabila mencalitkan bedak asas pada wajah, PASTIKAN anda menggunakan bedak asas yang lebih cerah tonanya di seluruh Zon-T.
.:Bagi anda yang berkulit GELAP atau SAWO MATANG, hati-hati bermain dengan warna pembayang mata dan pipi. bagi mewujudkan refleksi cerah pada wajah, bermainlah dengan warna jingga.
.:Jika wajah anda kelihatan BERMINYAK selepas bersolek, ini bermakna bedak asas yang anda pilih tidak bersesuaian dengan kulit wajah anda.
.:Celak atau pensel mata juga penting untuk membentuk mata yang lebih bulat dan galak. selain hitam, mata akan kelihatan lebih daring dengan warna garang dan klasik seperti coklat dan jingga.
.:PASTIKAN anda menggunakan pembayang mata warna dasar yang lembut seperti warna krim. mainan warna-warna gelap dan garang pula lebih sesuai dilakukan di bahagian atas kelopak mata.
.:Sebelum memilih pembayang mata, oleskan ke bahagian belakang tapak tangan kanan. ini kerana warna kulit di sekitar bahagian tersebut adalah paling hampir dengan warna kulit di kelopak bahagian mata.