Wednesday, December 22, 2010

RESEPI:kerabu delima epal


Salam buat semua..


*Uuuu.. terliur tak tengok makanan nih?? Decoration jerk dah superb, apatah lagi rasanya.. nyumm2*


Hari nih I nak kongsi satu resepi yang I buat sendiri. kunun-kunun macam I yang reka cipta resepi nihlah. bagus sungguh I. dahlah bakal cikgu yang dedikasi, pandai masak plak tuh. uishh. memang untung mak mertua yang dapat I kan (O_o). okay resepi nih I buat masa join pertandingan memasak dekat IPG tempat I belajar.

BAHAN-BAHAN:

*timun
*lobak merah
*bawang merah
*bawang putih
*daun limau purut
*cili padi
**ikan bilis goreng
**kacang tanah goreng
-garam dan gula
-perahan air limau nipis
-sedikit minyak
-buah delima
-buah epal hijau (kupas, potong ikut suka hati kemudian rendam dalam air garam)

Perhatian:
bertanda * bahan-bahan perlu dihirs
bertanda ** bahan-bahan perlu ditumbuk
kenapa rendam epal dalam air garam??SEBAB tak mahu epal tuh lebam masa nak hidang~



CARA PEMBUATAN:

1.Campur semua bahan yang telah dihiris di dalam bekas dan gaul rata.
2.Masukkan ikan bilis, kacang goreng, perahan limau nipis, garam dan gula mengikut kesesuaian. Kacau rata bahan tersebut.
3.Kemudian masukkan epal dan buah delima.
4.Letak sedikit minyak untuk membuatkan kerabu tadi kelihatan berkilat.
5.Siap untuk dihidang dan masuk ke dalam perut!!



Terima kasih kerana membaca (O_o)



bila ND memekak lagi:
saya suka masak macam-macam~~