Tuesday, December 21, 2010

Masalah Kulit Wajah Bahagian 2


salam buat semua..

okay yerk anak murid sekalian alam. hari nih cikgu nak sambung cerita tentang masalah kulit wajah bahagian 2. siapa yang tertinggal kelas bahagian 1 silalah rujuk sini. lain kali jangan ponteng kelas tahu!!


5)Masalah PIGMENTASI
Pigmentasi merupakan keadaan kulit yang mengalami perubahan dari segi warna dan rupa.Warna kulit menjadi tidak sekata dan muncul tompok-tompok warna yang lebih gelap daripada warna kulit asal. Keadaan kulit kelihatan kusam, tidak bermaya dan kasar.

CARA MENGATASI:
-->Ambil buah yang mengandungi Vitamin C seperti epal, oren dan sebagainya.
-->Produk yang menggunakan betik sebagai bahan asas baik untuk memulihkan masalah pigmentasi.
-->Elak daripada terlalu mendedahkan kulit pada cahaya matahari.


6)Masalah AKNE
Akne merupakan masalah kulit yang paling kerap berlaku. Akne merangkumi whiteheads, blackheads dan jerawat. Selain itu, terdapat juga tanda-tanda kemerahan (lesion) dengan pembengkakan dalaman yang dipanggil nodul. Akne terdiri daripada yang ringan, sederhana dan teruk. Akne yang ringan hanya terdapat sedikit whiteheads atau jerawat. Bagi akne yang sederhana pula, anda akan mengalami lebih banyak jerawat pada muka dan kemungkinan terdapat pada bahagian dada dan belakang. Dalam keadaan akne yang teruk, anda akan mengalami banyak nodul yang besar dan sakit pada bahagian muka, dada, belakang dan bahagian badan yang lain.

CARA MENGATASI:
-->Penjagaan kulit wajah yang konsisten adalah jalan terbaik untuk mengelak berlakunya masalah akne.
-->Pastikan penggunaan produk bersesuain dengan jenis kulit untuk mengelak timbulnya lebih banyak jerawat atau ruam muka.
-->Jika jerawat tumbuh dnegan banyak, elak menggunakan skrub.


7)Masalah GARIS HALUS
Kekurangan penghasilan kolagen membawa kepada timbulnya garis-garis halus di sekitar mata, dahi dan bahagian wajah lain yang terdedah kepada sinaran matahari. Garis ekspresi wajah dan kulit berkedut timbul di sekitar kelopak mata, leher, rahang dan tangan.

CARA MENGATASI:
-->Guna masker dan krim anti penuaan sebagai langkah pengawalan.


8)Masalah PORI-PORI TERBUKA *bukan PARI-PARI TERBANG TINGGI*
Pori-pori terbuka luas adalah kerana aktiviti berlebihan kelenjar minyak. Pori-pori menjadi tersumbat kerana pengeluaran minyak yang berlebihan. Pori-pori juga boleh menjadi tebal menyebabkan kulit menjadi kasar.

CARA MENGATASI:
-->Selepas penggunaan masker, bersihkan wajah dengan air mineral. Untuk menutup pori-pori terbuka gunakan 'ice blobe' sebagai rawatan. Anda tidak boleh melakukannya di rumah tetapi anda perlu ke salun kecantikan untuk rawatan ini.


Terima kasih kerana membaca (O_o)



senyummmmm ;p


bila ND memekak lagi:
pesanan khidmat negara-jagalah kesihatan kulit anda~