Salam buat semua..
Okay di keheningan malam nih aku nak kongsi satu kisah lawak yang aku ambil dekat sini. Aku selalu singgah sini sebab banyak benda yang best. Mana-mana yang join silalah datang ke sini ekh. Dialu-alukan kedatangan kamu semua ;p
Apa dia kisah lawak yang aku nak kongsi tuh?? Haaa. Meh sini cheq nak habaq mai. Kisah ini berkenaan dengan teknologi wireless. Kamu semua percacya tak kalau aku cakap teknologi wireless tuh berasal daripada Malaysia?? Mesti ada yang geleng kepala laju-laju kan tak percaya. Meh sini aku bagi kamu semua dengar cerita nih ;p
*********************************************************
Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi, Menteri Jepun, Menteri Amerika Syarikat (AS) dan Menteri Malaysia sedang berbincang.
Menteri JEPUN : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenali teknologi robot.
Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenali teknologi nuklear.
Menteri MALAYSIA : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.
Lalu dipanggillah dua orang penggali untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, kedua-dua tukang gali tadi naik ke atas lagi.
Menteri MALAYSIA : Apa yang korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa.
Menteri MALAYSIA : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Tak de Dato’.
Menteri MALAYSIA : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa MALAYSIA, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!!
*kredit |
Terima kasih kerana membaca (O_o)
p/s:Haaaa.... Percaya tak apa aku cakap tadi??
p/s:Haaaa.... Percaya tak apa aku cakap tadi??
bila ND memekak lagi:
ohhoii..tahniah HARIMAU MALAYSIA!!
ohhoii..tahniah HARIMAU MALAYSIA!!