Wednesday, December 29, 2010

incik SUAMI sila baca ini ;p


Salam buat semua..

Rasanya dah dua hari gaklah aku tak update blog.Malas melampau-lampau.Nih tanda aku nak protes sebab surat posting tak sampai-sampai lagi.Ehhh.Aku dah penat jadi baby sitter tahu??

Kembali kepada tajuk asal.Aku nak kongsi tentang petua ilmiah menawan hati wanita.Cehh.Sekarang aku dah pandai nak kongsi bagi petua petui entahapehape.Petua nih aku dapat dekat sini.Petua-petua ini dikemukakan oleh para bijak pandai yang mengkaji mengenai kesukaan wanita yang sentiasa mahu diberi perhatian *ohhh ayat skema*.Insya'Allah petua ini membantu memenangi hati wanita. (KHAS UNTUK SUAMI DAN ISTERI YANG SAH OKAY!!!!)




********************************************************



1. Bila anda pulang ke rumah, cari dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.


2. Tanya dia soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.


3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.


4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.


5. Berikan perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.


6. Berikan hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.


7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu, jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang dia hendak buat.*hohooo.buat apakah??*


8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.*sweeeeet*


9. Selalu memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.*kalau muka tepek dengan bedak sejuk nak puji apa?*


10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.


11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.


12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.


13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.


14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak.Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.


15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.


16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar, katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.


17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah, bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.


18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya. *ouchh!romantika!!*


19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda,letakkan buku, majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.


20. Jika dia yang selalu membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih. Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.



*motif gambar??saja nak publisiti ;p*




bila ND memekak lagi:
cukuplah tuh 20 tips. nantikan update seterusnya untuk petua terhangattttt ;p