Tuesday, January 11, 2011

RESEPI:kuih keria keledek comel-comel


Salam buat semua..

Hari nih aku nak kongsi satu resepi yang aku suka makan tapi malas gila babas nak buat. Teehee. Bagi aku benda nih agak senang nak buat cuma part yang campur dengan tepung tuh leceh sikit. Melekat-melekat dengan tangan eewwww~okay murid semua. Sediakan pensil dan kertas untuk salin resepi cikgu kali nih. Ohh lupa plak. Hari nih cikgu nak ajar buat kuih keria keledek comel-comel ;p

************************************************************************************************

Bahan pembuatan:-
1)Keledek
2)Tepung gandum
3)Minyak
4)Gula
5)Garam
6)Air


***************************************************************************************************

Cara penghasilan kuih keria:-


1)Rebus keledek sehingga empuk. Campurkan sedikit garam dalam air rebusan. Bila dan empuk dan sejuk, lenyek-lenyekkan sehingga hancur.


 

2)Campurkan dengan tepung gandum. Kalau banyak tepung nanti keras dan kalau tepung sikit nanti lembik plak. Sendiri mahu ingat okay sebab aku punya resepi ikut sesedap tangan menguli ;p



3)Ulilah adunan tepung dan keledek tadi sehingga sebati. Kalau ada keledek yangtak hancur tuh silalah buang dalam tong sampah.




4)Bila dah siap uli, rekalah bentuk apa pun yang korang nak. Kalau aku senang buat bentuk bulat macam cincin tuh. Kalau korang superb punya malas, buat jek bulat-bulat macam bola ;)




5)Bila dah siap mereka cipta bentuk, panaskan kuali dan goreng kuih sehingga kekuning-kuningan. Jangan plak sampai kehitam legaman ekh~ 

***********************************************************************************************

Cara penghasilan gula sira:-
1)Panaskan kuali denagn api sederhana.
2)Letak gula berdasarkan bilangan kuih tuh. Kalau 10 biji mungkin 2-3 sudu dah memadai.
3)Letak sedikti air dan  biarkan sehingga cair. Kacau selalu. *Jangan sampai jadi gula karamel ekh*
4)Agak-agak gula tuh dah pekat dan putus-putus macam air hujan, perlahan api dan masukkan kuih keria tuh dalam kuali.
6)Kacau sampailah korang tengok benda ajaib akan berlaku. Sumpah aku tak tipu!!
7)Bila dah siap jangan lupa padamkan api dan apa lagi. Pergilah hidang dan makan bersama air teh 'o' panas!!!! Nyumm nyumm


Yang ini dah siap disira dengan gula. Tak sempat nak ambil gambar masa proses dijalankan~

 

Tadaaa!! COmel jerk kuih keria yang aku buat nih. Sekali masuk dalam mulut macam tak makan apa-apa. Maknanya kalau aku jerk yang makan 10 biji pon habis ;p

p/s:Silalah mencuba resepi yang cincai boncai daripada aku nih..

p/s/s:Kalau tak de keledek, boleh juga ganti dengan kentang. Tapi warna dia pucat sikitlah daripada keledek~