As salam buat semua!!
Hari nih Hari Kekasih. Apa aku kesah dengan hari valentine. Pada si dia pun aku tak ucap benda-benda jiwang nak bagai. Apatah lagi Hari Kekasih nih. Aku jiwa rock. Yeyeahh!!
Hari nih aku sambut Hari Kekasih dekat sekolah. Hik3. Orang lain dah siap dapat jadual waktu, ketua itu ini bagai. Tapi hari nih baru aku jejak kaki dekat sekolah. Nih semua salah maklumat. Aku telefon sana, sana cakap macam nih. Aku telefon sini, sini cakap macam tuh. Mana satu entah aku nak ikut. Kejilah tuh weih tak bagi aku pergi sekolah!!
First impression aku memang suka sekolah nih walaupun baru buka. Guru Besar, cikgu tak besar pon so friendly. Pak guard, akak kerani, pak cik kewangan semua baik-baik belaka. Dapat plak aku nih kununnya malu-malu tahi ayam. Wahh memang mantaplah sekolah itu nanti. I like~~
Hari nih tak de buat apa sangat. Aku datang sekolah pun pukul 9!! Hahaa. Memang calon cikgu cemerlang nih. Aku bukan sengaja pon. Siap lagi GB cakap aku dapat gaji free seminggu duduk dekat rumah. Kuang3. Bukan salah aku dalam hal ini. Mak pun jadi mangsa keadaan noks~~
Esok Maulidur Rasul. Nahh baru sehari pergi sekolah dah cuti! Ini yang bertambah-tambah aku suka. Dapat plak rumah dekat dengan sekolah. Wallawehh. Cikgu-cikgu dekat situ cakap beruntung gila aku dapat sekolah yang dekat jerk dengan rumah. rezeki aku kan dulu belajar jauh ke utara sana tuh.
p/s:Dekat sekolah ramai cikgu bujang ;p