Sunday, February 20, 2011

Kenapa Shawl Menjadi Pilihan Hati ;p


Banyak sebab kenapa aku suka gila dengan shawl. Kalau pergi Jalan TAR memang tak sahlah kalau aku tak beli shawl walaupun sehelai. Dulu era pakai shawl nih tak semeriah sekarang. Aku mula pakai shawl kalau tak silap aku masa umur 15 tahun!! Nahh masa tuh tahun 2002. Sekarang dah tahun 2011. Memang macam langit dengan tanah jerk beza fesyen shawl dulu kala~~



Inilah antara sebab-sebab kenapa aku suka gila kentang dengan shawl ;p



1. Jimat sebab kalau pakai shawl kedut-kedut atau jenis crumple tuh memang tak payah iron. Bukan pemalas tapi fesyen kan ;O
2. Harga memang murah kalau nak dibandingkan dengan harga tudung bawal entah apa-apa tuh. Kadang rm5 pon dah boleh dapat tapi kena tengok juga jenis dan kualiti ;p
3. Macam-macam style gitu kalau pakai shawl. Kau nak belit macam mana pun belitlah janji kau tak mati sebab belit shawl dekat leher ;D
4. Aku jenis yang nak cepat. Kalau tudung bawal tuh kejap nak pin sana pin sini. Dah buang masa aku kan. Shawl simple jerk. Kalau pandai pakai tak guna pin pon boleh ;)
5.Kalau pakai shawl nampak lagi fresh banding pakai tudung bawal sebab tudung bawal kan banyak batu, sulam bagai. Geng mak cik-mak cik sesuai lah pakai shawl. Aku kan muda remaja haruslah pakai yang funky!!





Nah sekarang aku buktikan apa yang aku tulis tuh dengan gambar budak comot ;p



Kawan-kawan tak suka aku pakai tudung macam nih. Dorang cakap aku minah indon. Ggrrr jangan main-main weih. Aku mix blood okay!!

Haaa yang nih time photoshoot. Senang jerk aku pakai shawl. Kalau pakai tudung lain gambar aku tak secantik ini ;p


Tengok nih shawl crumple yang aku suka gila sebab tak payah iron~~


Pakai shawl siap boleh pakai dengan inner macam-macam style lagi ;D