Friday, February 25, 2011

Teacher, Cikgu, Ustazah, Coach..Pakej Terbaik ;p


As salam semua..

Baru semalam I dapat jadual. Perghh emmang terbaik punya jadual. I suka gila sampai tak terkata!! Senyum pun tidak, marah pun tidak. I cuba tunjuk muka tak de perasaan dekat GPK. Kunun-kunun biar dia faham maksud tersirat di sebalik muka tak de perasaan I. Tapi tapi hamperh jerk. Dia pun macam kesian tapi nak buat macam mana kan. Sekolah kurang guru~~


You all si cecantik dan kekacak nak tahu ke jadual yang I dapat nih? I pun macam tak sampai hati jerk nak bagitahu dekat you all. Tapi tak pe. Kalau I susah ada lagi orang yang sedang susah kan?? ;p Dan disebabkan kesusahan itu, lepas train netball sekolah I terus demam!! Nahh penangan dapat jadual selepas dua minggu asyik bergosip dengan cikgu sekolah ;)

Baiklah dengan ini diumumkan *bunyi drum*

Saya NOOR ASMAWATI BINTI DARHAM:

GURU KELAS kepada murid Tahun 3 Yakin *yang sangat nakal dan boleh tahan ;p
GURU BAHASA INGGERIS Tahun 2 Nuri, 3 Yakin dan 4 Rhu
GURU PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN Tahun 1 Hussien dan 1 Mahathir
GURU TASMIK Tahun 4 ;)
JURULATIH dan PENASIHAT Kelab Bola Jaring
AJK SPBT


dan banyak lagi yang malas nak tulis....



Tapi yang paling best jumlah waktu mengajar seminggu adalah sebanyak 31 waktu. Wowww!! Tapi I redha tak boleh kata apa. Kita kena ikhlas kan buat kerja. Jadi cikgu bukan perkara yang senang dan tidak boleh dibuat main-main.

So, selepas nih segala title yang ada untuk seorang guru ada pada I. Teacher Wati, Cikgu Wati, Ustazah Wati dan juga Coach Wati. Hahaa meletupppp gitu I suka gila!!



p/s:Dekat sekolah semua panggil I AS atau WATI. Tak de dah nama NOAH. Rindu plak nak dengar orang panggil NOAH ;p