Sunday, March 06, 2011

Bersiapsiaga untuk Esok dan Seterusnya!!


Hahaaa. Ayat tak boleh blah langsung kan. Gayanya macam aku nak pergi berperang jerk. Memang pon nak berperang sebab esok aku punya English class berderet selama tiga jam!! Nah ambil kau. Terbelit bagai esok lidah aku mengajar~~

Memang aku tak suka hari Isnin. Sebabnya yang inilah. Sekali tiga jam terus aku mengajar. Tambahan lagi setengah jam untuk subjek lain. Memang awal-awal kena isi perut. Kalau tak terkulai layu esok masuk kelas.

Semalam ada kursus LDP balik rumah terus terkulai layu. Superb penat sebab tiga minggu berderet hari sabtu kena kerja. Hari nih baru terkial-kial nak buat ABM dengan worksheets budak. Nahh ambil kau lagi sekali. Baru jerk siap photostat lukisan untuk subjek kesihatan darjah 1 esok. Tak delah cantik sangat aku lukis. Cuma nampak bentuk gaklah ayam tuh macam mana ;p dan aku harap budak tak banyak songeh bila tengok lukisan aku tuh.



Ehee. Nih masa aku melukis. Cantik kan kan?? Kalau tak nak kena babab sila cakap cantik. Ohoo..


Yang nih dah siap photostat punya. Malas nak photostat dekat kedai. *Bukan untuk menunjukkan yang aku nih kaya raya padahal kayap jerk sebab tak dapat gaji lagi ;(


p/s:Hari-hari terus menguatkan diri!! Fight-Ohh~