Monday, March 07, 2011

Anak Buah Baharu..Ehh Baharu ke Baru??

Yeaa pagi tadi adik aku selamat dan berjaya melahirkan seorang baby boy. Uhh baby boy again!!? Tambah meriahlah rumah aku lepas nih kan. Yang ada seorang nih pon dah huru hara. Tambah lagi dapat adik makin huru hara haru biru rumah tuh nanti. Dan sekarang aku menjadi seorang *atau mungkin seekor* panda yang bermata comel~~

Dengan malam tadi mata tak mahu langsung nak tidur, adik aku boleh plak gerak aku cakap air ketuban dia dah pecah. Aku?? Buat muka blur jerklah sebab mata dan kepala pening tak boleh tidur. Lagi plak cakap pasal air ketuban pecah pagi-pagi buta. Aku offer nak call ambulans ke? Dia tak mahu plak pergi hospital naik ambulans. Kalau aku suka hati dapat naik ambulans. Famous kejap apa kan ;p

Sepemergiaan adik aku ke hospital aku nih menjaga si Danish yang mengamuk plak. Bangun-bangun tanya mama mana. Bila cakap mama pergi hospital terus melalak cakap 'uyut akit' yang mana maksud si Danish tuh perut mama dia sakit. Begitulah mengikut pemahaman aku kan. Untuk pengetahuan si Danish nih baru berusia 2 tahun setengah. Nangis tersedu sedan sebab mama dengan ayah dia pergi hospital. Aku baru nak tidur dah kena layan dia plak. Suruh pasang TV nak tengok kartun! Heii mana nak ada kartun kalau dah jam pukul tiga, empat pagi!!??


Dan akhirnya TV tuh yang tengok dia. Bila aku terlelap dan terlupa nak bobok peha dia merengek tak ketahuan. Demand sungguh si kecil nih ekh. Tidur nak kena peluk, nak kena tepuk. Wajib lagi kena nyanyi lagu-lagu selawat. Perghh!! Memang tak agak-agak mendemand!




*From GOD tapi siapa yang buat?? Eheheee ;p credit


p/s:Entry yang sepatutnya publish pada jam 13.00....