Yee..Aku bukan sengaja nak mendiamkan diri tapi serius aku banyak kerja yang kena buat. Junior lah katakan. Memang tak cukup tangan nak buat kerja. Otak pon dah hampir jammed. Kesiannn kan~~
Nak jadi cikgu mana ada senang kan?? Lagi plak bila ada PPGB nih (Program Pembangunan Guru Baharu). Ohh aku suka dengan benda-benda yang membebankan nih okay ;p Dah dua bulan aku kerja fail PPGB pun terkontang-kanting lagi. Laporan entah mana hala. Dengan kelas mengajarnya, latihan itu ini, latihan bola jaringnya. Ohhh mak aii!! Terlalu banyak tugas guru okay. Aku bukan nak merungut tapi sekadar bagi tahu tugas guru sekarang bukan sekadar masuk kelas dan mengajar.. Lebih daripada itu~~
Hari ini aku demam lagi. Tengok?? Punya dahsyat buat kerja sampai demam kan. Hari Isnin memang hari kepenatan untuk aku. Kelas berderet 3 jam 30 minit tanpa henti!! Dah naik bangunan kena turun plak. Kang lepas sejam naik turun lagi. Setiap hari Isnin aku kurus~ Dan otot hamstring aku juga semakin kuat. Ohh gagah perkasa ;p
Ada sesuatu yang membuatkan aku sedikit terkilan. Aku kena train budak bola jaring dan dalam masa yang sama kena masuk kelas. Ohhh umpama aku nih seperti robot agaknya. Kesudahannya tadi aku bawa budak belajar dekat padang. Huhhh terbaik sungguh!! Mahulah kan aku tak demam kalau sekejap kena pergi padang sekejap kena masuk kelas. GPK tuh berkira betul nak buat relief untuk aku. Dah tahu aku ada training lagi dia tambah bagi relief plak. Sadis sungguh~ Tapi aku kan cikgu baru. Kenalah terima itu ini dulu. Nanti dah senior sikit barulah aku tunjuk taring kan ;p