Hurmm. Aku tak suka marah-marah orang lagi-lagi budak sekolah. Tapi kalau dah dorang buat salah kalau tak marah juga tuh memang tak de perasaan langsung lah kan. Kadang sakit hati jerk bila budak dengan muka selamba taik kelawar cakap TERLUPA bawa buku!! Cehh waktu subjek lain boleh plak bawa buku kan. Time aku suruh keluar buku BI ada-ada alasan.
Aku pun dulu masa sekolah guna gak alasan TERLUPA tuh. Tapi kalau dah tiap-tiap kali aku masuk kelas asyik TERLUPA juga memang sengaja nak buat perang dunia kesepuluh dengan Teacher Wati kan. Tunggulah korang time Hari Bersama Pelanggan. Akanku laporkan segala macam perangai dan sifat pemalas tuh kepada mak bapak korang!! Hahahahaaa ;p
Mahu aku tak hangin. Bila aku denda suruh buat kerja dekat lantai pon muka macam tak de perasaan bersalah! Heii anak murid. Jangan derhaka cakap cikgu okay. Nanti tak berkat ilmu yang korang dapat. Padan muka kan!!
Dorang dahlah seramai 43 orang, aku plak seorang diri jerk. Kalau dah 44 orang bercakap siapa yang nak dengar?? Alamatnya aku terpaksa diamkan mulut dan tadahkan telinga dengarkan bebelan budak becok mengalahkan mulut murai. Mana yang buat kerja mulut bising tak pe lagi. Nih dahlah mulut bising kerja tak juga buat. Bila suruh hantar buku memanjang jerk tak pernah siap. lagi-lagi murid LELAKI. Pemalasnya ya Ampunnn! Aku bagi kerja lebih sikit merungut banyaklah, susahlah. Padahal dorang suka minta jawapan tanpa membaca arahan. Ohh ingat aku nih cikgu yang boleh rewind reverse ke??
p/s:Geram macam mana pun alhamdulillah tangan masih tak 'sentuh' dorang. Sabar pon ada batas..Tunggulah sampai bila~~*