Hari nih aku rasa berterima kasih yang amat kepada Puan GB. Memang aku tak layak lagi nak mohon CRK tuh tapi atas budi bicara beliau maka berjayalah usaha aku nak minta cuti. Baru aku tahu kenapa aku tak layak lagi mohon CRK tuh.
Walaupun aku dah kerja dengan kerajaan aku kena tunggu selama enam bulan perkhidmatan baru boleh mohon CRK tuh. Mati-matilah aku ingat terus lapor diri maka segala cuti, elaun semua akan dapat. Pirahhh otak singkat betul!! Mana ada benda yang cepat dan senang kan??
Patutlah GB berat hati nak luluskan CRK yang aku minta minggu lepas tuh. Nahh hari nih dah terjawab segala. Dan ambil kau tiga hari terus aku CRK.
Hari nih dalam masa tak sampai dua hari aku kena siapkan segala kerja. Renew pasport, renew roadtax plus insurance, beli tiket dan kemas barang segala. Kenapa?? Sebab aku nak pergi ke luar negara ;p
Aku harap emak gembira bila dengar berita nih. dan aku memang tak sabar nak jumpa emak. Ya Allah, permudahkanlah urusanku..Aminnn
Aku harap emak gembira bila dengar berita nih. dan aku memang tak sabar nak jumpa emak. Ya Allah, permudahkanlah urusanku..Aminnn