Kehilangan lagi orang yang aku sayang. Untuk kali yang keempat. Bila dah banyak kali kehilangan orang yang tersayang, aku dah jadi immune. Dah lali. Dah biasa. Sehingga timbul satu perasaan aku jadi tak kisah dengan kematian orang yang tersayang. Kejamkah??
Pemergian nenek ayah tidak memberi kesan yang besar kepada aku. Kami jarang jumpa dan arwah nenek ayah sangat garang. Buat aku gerun bila balik kampung. Cuma bila balik kampung terasa sepi jerk rumah tak dengar suara arwah nenek ayah. Itu masa tahun 1999. Aku baru berumur 12 tahun. Masih mentah lagi dengan makna kematian dan kehilangan.
2004, 17 tahun, SPM. Saat yang memberi kesan paling mendalam dalam hidup aku. Abah tinggalkan aku dan keluarga buat selama-lamanya. Pemergiaan dia yang tidak disangka-sangka. Sedang aku berjuang dengan SPM, abah pula berjuang antara hidup dan matinya. Setelah dua hari koma, abah pergi menghadap yang Maha Esa. Aku??
Aku meredhakan pemergiaan dia. Walau dalam hati aku terasa sangat berat beban yang aku rasa. Perginya seorang ketua keluarga. Perginya orang yang telah membesarkan aku dan adik-adik. Perginya seorang lelaki yang aku cintai. Hanya untuk bertemu Penciptanya.... Dan segala episod duka kehidupan aku bermula. Menjadikan aku semakin kuat dan tabah mengharungi hidup ini. Sehingga menjadikan aku insan yang degil dan hampir tidak punya perasaan.
Lima tahun kemudian nenek menyusuli pemergian arwah abah. Hilang tempat aku bergantung. Duka yang ada belum sembuh, timbul pula luka yang baru. Jiwa aku terus-terusan diragut dengan pemergian orang yang tersayang. Kisah hidup aku menjadi begitu sedih selepas pemergian nenek. Aku bagai tidak punya sesiapa. Saudara-mara hanya gah pada nama. Bila aku ditimpa musibah, semuanya senyap menyepikan diri. Ketika ini aku hanya punya emak. Ya emak yang masih menyayangi aku dan tidak meninggalkan aku lagi.
Tapi tidak sehingga 4 Mei yang lalu. Emak turut mengikut jejak nenek ayah, abah dan nenek. Dunia aku langsung gelap. Tidak nampak apa-apa. Aku mencari cahaya untuk meneruskan hidup yang berbaki ini dengan kekuatan dan ketabahan yang aku ada. Aku menutup telinga mendengar tohmahan-tohmahan insan yang dulunya bermacam janji dengan aku. Insan yang ikhlasnya sukar untuk dimengertikan. Keikhlasannya berubah kerana harta. Yaa aku insan yang tak punya harta....
Hingga sekarang aku masih lagi terngiang-ngiang pesanan emak. Emak nak makan ayam goreng, nak makan buah oren, nak makan buah lai, nak makan kacang kuda. Macam-macam pesanan emak. Bila aku sampai, emak dah tak de. Menitik air mata aku tatkala mengeluarkan pesanan emak daripada beg. Melihat air mata aku menitik, lagilah mengalir deras air mata yang lain. Aku sedekahkan kepada anak-anak kecil pesanan emak itu.
Kata Paman, "Kak Long telat satu hari. Sebelum nyawa emak habis, emak tanya Kak Long dah sampai ke belum."
Pesanan emak, "Kak Long jaga diri elok-elok ekh."
Aku benci pesanan yang itu. Kerana aku tahu pesanan itu menandakan aku bakal ditinggalkan!!
Penyesalan yang tiada ganti. Aku tak dapat tunaikan janji pada emak. Aku dah hilang orang yang telah bertarung nyawa untuk melahirkan aku. Orang yang telah bersusah payah membesarkan aku. Memberikan didikan walau emak cuma sekolah pondok. Merotan tangan aku kalau salah buat kerja. Kerana emak juga aku berjaya mengecapi kejayaan hari ini.
Kepada kawan-kawan yang memberikan sokongan dan ucapan takziah, terima kasih aku ucapkan. Aku menjadi kuat kerana adanya kamu semua di sisi aku.
p/s:Hari Ibu dan Hari Bapa tiada lagi dalam kamus hidup aku....
3 makhluk comel yang memekak dekat sini:
takzaih kak.. moga akk tabah yer.. life must be go on..
even kami jauh, kami ada.
rindu akak.
Noah... tabah noah...
Mari kita doakan roh emak,ayah dan nenek2 noah beraada di kalangan orang2 yang beriman.... AMIN YA RABBAL 'ALAMIN...
Post a Comment