Macam mana agaknya rasa stress tuh? Apa petanda orang yang stress? Kalau makan banyak, banyak tidur tuh tanda-tanda stress ke?
Tadi dekat sekolah aku buat medical check up. Yang biasa-biasa jerk macam tekanan darah, BMI segala bagai tuh. Benda dah free kan. Kenalah manfaatkan peluang yang ada ;p
Berat aku dah turun! Yess. Aku memang hooray hooray jerk masa tengok penimbang tadi. Tak tahulah kalau penimbang tuh saja nak tipu mata aku nih kan. Sebelum nih aku memang takur gila nak timbang berat. Sebab aku rasa semenjak dua tiga nih berat aku macam dah melebihi 50kg.
Walaupun berat aku timbang tadi cuma 49kg tapi aku rasa dah ada penambahan lemak dekat tempat-tempat tertentu. Aiisshh. Kena work out lebih nih nak bagi six pack mantap. Ayat puaka betul. Padahal dari zaman maktab aku cuba nak maintain six pack nih. Tapi macam hampeh. Bertahan sekejap jerk sebab aku gila makan!
Bab berat aku turun tuh aku sukalah sikit kan. Tapi bila pegawai tuh cakap aku STRESS, omaigod! Terus aku dah tak sengih-sengih lagi dekat dia. Nak sengih buat apa kan kalau dia cakap aku STRESS!!
Aku rasa banyak kemungkinan aku stress nih. ANAK MURID! Yee itu adalah penyebab utama. Sebab-sebab lain cuma penambah perisa kepada stress yang aku dapat sekarang. Mahu lah kan tak stress dengan anak murid? Kita nak mendidik dia, dia plak mengajar kita. Aishh siapa cakap kerja cikgu tuh senang? Murid sekarang dengan murid dulu memang macam langitttt dengan bumi!
Kalaulah orang cakap kerja jadi cikgu itu senang, memang aku sallute dekat dia. Tabik spring beb aku bagi! Cikgu sekarang banyak cabaran. Bukan jerk banyak kerja, kerenah murid, kerenah mak bapak, kerenah pentadbiran, kerenah cikgu-cikgu dan juga kerenah sendiri. Hahhh!
Sebab tuh aku lagi suka mengajara budak luar bandar. Rasa hormat dorang lagi tinggi kepada cikgu-cikgu nih. Aku bukanlah cikgu yang garang dekat sekolah. AKu tak nak budak takut nak belajar. Aku tak amalkan sistem merotan. Membebel? Jadi cikgu memang kena terror membebel. Itu kelebihan aku. Lawak? Penat berlawak pandai dengan budak-budak. Sepatah kita berlawak, berlori-lori dorang pekena cikgu.
p/s:Lepas nih aku ada alasan nak minta cuti dengan GB. Saya stress, Puan~~
0 makhluk comel yang memekak dekat sini:
Post a Comment