Aigooo aigooo. Pening aku dengan Juju nih. Hampir sebulan aku adopted dia. Payah betul nak bonding dengan aku. Tapi sekarang nih Juju baik sikitlah. Dah tak kenccing-kencing kalau aku nak pegang dia. Cakaran rimau dia tuh aku dah imun pon~~Aku redha dan rela jerk kalau lengan aku nih penih dengan bermacam jenis garisan yang dia buat tuh.
Aku dah korbankan tshirt aku yang belum-basuh dan bau-badan aku yang fresh lepas kursus J.Robik bagi dekat dia. Amboooi bukan kemain dia suka. Bila aku ambil baju tuh nak basuh sebab banyak sangat air kencing dan taik, meroyan terus!! Pusing-pusing cage, lompat sana-sini kununnya marah sebab aku ambil baju tuh.
At last, aku gunting tshirt tuh menjadi perca-perca supaya bila aku nak cuci aku ada spare yang lain. Kalau tak mahu dia hentak-hentak kepala kot~ Aigooo kalau Juju aku hentak kepala, memang serius dahsyat meroyan!
Lagi yang menunjukkan keKEKWATan Juju bila masa makan. Oohhhh mak aiii. Pemalas sungguh dia. Nak tunggu aku suap baru dia makan. Kalau tak dia layankan tidur jek. Nih mesti ikut perangai tuan Zukie dia tuh. Nak kena babab nih. Dah tuh makan siap-siap pejam mata. Perghh hangin jerk aku tengok Juju nih. Nasib kau comel kan~
*Juju suka makan epal. Nampak tak Patrick dekat belakang tuh?? Aku rembat Danish punya~~ |