Sunday, July 17, 2011

Hidup Di SEKEPU~

Aku jarang cerita pasal tempat kerja aku. Ada benda best ke? Aku rasa sekolah macam tuh gak. Bangunan empat tingkat sengaja nak mendera kekuatan fizikal kaki aku. Makanan dekat kantin yang tak berapa nak menyelerakan, kelas yang penuh dengan murid-murid. Huhh bosan.

Tapi aku suka dengan rakan sejawat aku. Sporting, sekepala, dan macam-macam lagi. Memang tak rugi aku dapat sekolah nih walaupun sekolah baru beroperasi. Banyak kerja tuh biasalah. Jadi cikgu bukan setakat mengajar kan ;p

Jomlah layan gambar-gambar cikgu dekat sekolah aku. Ohh yaa sekolah aku nama famous amos adalah SEKEPU. Hahaaa macam lawak jerk masa aku dengar. Ini adalah akronim daripada Sekolah Kebangsaan Putra Utama. Bijak dan sempoi habis~~


*Nih masa maulidur rasul. Aku macam chubby sikit time nih*

*Nih antara cikgu perempuan dekat sekolah aku. Aku bangga sebab aku TINGGI*

*Haaa yang nih geng marhaban SEKEPU ;p Ini masa mesyuarat PIBG kali pertama dengan pakaian rasmi SEKEPU. Tiga dari kiri ialah Guru Besar. Yang inner caca marba macam-macam warna tuhlah aku~~


Sikit jerk pon gambarnya. Nanti ada jerk lagi gambar aku upload. Sejak dah bekerja aku jarang pegang kamera. Asyik kena buat kerja jerk ;(

1 makhluk comel yang memekak dekat sini:

Cik Puan Bunga said... Reply To This Comment

Hot gila bangunan sekolah!
Tak macam sekolah akak, macam rumah hantu daaaaa!