Semalam aku tak datang sekolah sebab demam. Daripada hari Jumaat sebenarnya aku demam. Tapi sebab aku nih degil aku memang tak pergi klinik atau makan ubat pon. Aku suka demam tuh baik sendiri. Huhh memang lambatlah kalau demam nak baik sendiri.
Kerani pon tak tahu aku cuti semalam. Kalau tak kerana seorang hamba Allah nih cakap mesti dia tak tahu aku cuti semalam. Kan tak pasal-pasal dia tanya mana surat cuti sakit aku. Ishh. Aku cakaplah aku tak pergi klinik. Senang cerita. Dan akhirnya dia bagi aku surat Cuti Rehat Khas. Lahhh. Kalau tak de surat cuti sakit, kena gadai CRK ke? Uhuu. Tak pelah kan. Aku pun tak tahu CRK aku ada berapa hari lagi. Selagi tak sah jawatan CRK aku tuh akan burn jerk kalau tak ambil.
Jadi, pengajaran untuk aku sendiri, lepas nih kalau demam ke sakit ke pergi klinik sana jumpa doktor minta surat cuti sakit!!
1 makhluk comel yang memekak dekat sini:
Hahahahaha memanglah dik oiiiii! kalau tak datang sekolah sebab sakit memang kena ambik mc. kalau tak, dah kira salah tuuu... huhuhuhu!
Post a Comment