Ehhee. Salam sejahtera semuanya. Harap berada dalam keadaan yang sihat walafiat. Aminn
Bagai pucuk dicita ulam mendatang. Ceh berbasa-basi plak bahasa aku hari nih. Mana taknya kan. Tadi lepas sekolah aku, Jaja, Kak Ida dengan Kak Zurina pergi terjah Kota Tinggi shopping baju raya. Kakitangan awam kerajaan kan dapat bonus. Mahulah kan tak shopping ;p
Walaupun bonus aku tak sebanyak yang mereka dapat tapi Alhamdulillah. Di saat-saat kekeringan nih dapatlah aku membeli sepasang baju untuk hari raya. Lima pasang baju yang aku tempah entah tak tahu sempat siap ke tidak. Jadi, aku standby lah dengan sepasang baju yang aku beli tadi.
Ohh syiok habis shopping dekat Kota Tinggi tadi. Almaklum aku dah merantau belajar luar daripada Johor. Bila dah balik semula ke Johor nih macam jakun sikitlah. Apa aku kesah?? Rambang mata aku nak pilih baju. Itu nasib baik pergi bahagian depan. Kalau tak mahu berpasang-pasang aku angkut ;p Ahh kau tamak sangat!! Pergi sekolah pon pakai baju sukan jerk~
Nampak gaya setiap kali dapat gaji kena terjah Kota Tinggi lagi. Harga yang sangat berpatutan dengan kualiti kain yang sangatttttt bagus. Tak rugi aku beli tadi sepasang walaupun harga dia ratus-ratus. Paling penting aku tak menyesal pon tak shopping dekat Kuala Lumpur!!!!
0 makhluk comel yang memekak dekat sini:
Post a Comment