Wednesday, September 14, 2011

Hehh TIKUSES!

Ehh menyampah plak kau tengok si tikus nih. Sejak dua menjak nih dah pandai ceroboh rumah aku plak. Haihh. Menyampah i noks. Tikuses. Hahaa. Hancur punya cikgu English. Yerlah dorang bukan seekor, tapi berekor-ekor! Aku plural kan lah perkataan tikus tuh. TIKUSES okay what?? Perosak bahasa jangan diikut~

Tikus adalah mamalia yang termasuk dalam suku Muridae (Wikipedia). Hehh. Tikus pun ada suku ekh. Hebat. Arghhh hebat mana pun suku tikus nih aku tetap tak suka! Kang aku pergi dapur ada jerk dia nyelit dekat mana-mana. Pintu dapur tuh suka betul digigit oleh kawanan tikus nih sampai dah ada lubang.

Aku tutup lubang dekat pintu dia masuk ikut lubang paip tandas plak. Hehh. Aku tahu tikuses nih nak kawan dengan Juju Chika kan. Hahaa. Tak payah mimpi ekh sang tikus sekalian. Juju Chika aku dah sorok dalam cage.

Eee aku memang geli dengan tikus. Lagilah hari tuh aku TERpijak ekor dia! Hehh menggeletis aku bila terpijak ekor tikus. Kalau aku terpijak ekor Juju Chika mahu meraung sakan. Sorry aku bukan diskriminasi.

Mahu jerk aku racun geng tikus nih. Tapi nanti niaya plak kalau dia masuk rumah dan meninggalkan jasad tanpa roh. Hahh. Lagi ke tak haru kan kalau dah bau semerbak. Tak hingin aku!!


*Comel ke? Adalah sikit kecomelan mereka tuh. Tapi kalau suku kaum tikus perosak comel macam nih ke? Nih jenis tikus rumah bela kot.

*Okay ini memang COMEL! Baru aku sayang ketat-ketat kan.Peluk cium bagai pun tak pe ;o

*Tapi aku rasa makhluk perasan nih lagi comel. Bahahaaa!! Lempang laju-laju~

0 makhluk comel yang memekak dekat sini: