Banyak perkara yang perlu dititikberatkan berkaitan dengan pemakanan Sugar Glider nih. Bukan boleh main taram jerk nak bagi dia makan. Jangan bandingkan dengan Sugar Glider yang tinggal dalam hutan tuh sebab mereka makan apa yang ada dekat habitat dia. Yang kita bela nih lain. Jadi, kenalah bagi dan jaga pemakanan dia supaya sama dengan cara pemakanan dia yang neutral tuh.
Ini diet pemakanan Juju dengan Chika. Aku bagi budak dua ekor nih makan apa yang mereka suka. Makanan yang mereka tak suka tuh adalah juga aku selitkan sikit-sikit.
Makanan:
Jambu batu
Jambu air
Rambutan
Pulasan
Tembikai susu
Rock melon
Buah mata kucing
Sengkuang
Tomato ceri (dibuang isinya)
Putih telur rebus (seminggu 2,3 kali)
Daging ayam rebus (gantikan HPW sebab mereka tak berapa suka HPW)
Minuman:
Air madu
Air mineral
Supplements:
Gliderade
SG pallets (khas untuk suggies)
SG pallets (khas untuk suggies)
Glider calcium (seminggu 2,3 kali)
Treat:
Cengkerik (Seminggu 2 kali. 4 ekor setiap kali makan)
*cengkerik dan ulat roti tak boleh diberi dengan kerap sebab nanti suggies boleh obes kerana cengkerik dan ulat roti mengandungi lemak yang tinggi*
Nampak mudah jerk kan? Tapi sebenarnya agak payah. Juju dengan Chika nih suka makan buah yang fresh. Kalau buah yang tak fresh memang mereka tak akan makan.
HPW tuh adalah High Protein Wombaroo. HPW nih adalah diet utama untuk Sugar Glider. Tidak semua Sugar Glider makan HPW nih. Macam Juju dengan Chika, aku campurkan dekat buah/sayur yang mereka makan. Kalau tak pon, gantikan daging ayam rebus tanpa sebarang perasa tambahan.
Madu pula ada bermacam jenis. Juju dengan Chika nih jenis demand lebih sikit jadi aku gunakan madu Rewarewa. Aku pernah bagi madu biasa tapi mereka tak mahu. So, korbankan duit lebih sikit untuk beli madu yang mahal. Dekat Tesco ada jerk jual madu Rewarewa nih.
p/s:Ada macam-macam lagi jenis makanan sugar glider nih. Yogurt drop, glider booster, glidersyrup dan lain-lain. PERINGATAN: TIDAK semua sugar glider akan makan macam-macam yang kita bagi. JANGAN bagi makanan yang TIDAK BOLEH/TIDAK SESUAI untuk suggies anda kalau tidak mahu mengundang kematian.
0 makhluk comel yang memekak dekat sini:
Post a Comment