Monday, September 05, 2011

Sugar Glider: Senior Wodent Wheel

Salam sayang..

Hari nih senior wodent wheel yang aku tempah tuh dah sampai. Terima kasih abang posmen sebab poskan barang ke rumah semasa keberadaan aku. Tak de susah payah aku nak pergi ambil dekat post office yang jauh tuh. Mujur cuti hari nih kan ;p

Senior wodent wheel nih bukan lah untuk aku tetapi untuk anak-anak kesayangan yang semakin membesar tuh. Masa mula-mula dulu aku guna wheel hamster jerk sebab budget tak berapa nak ada sangat. Bila semakin membesar kesian plak aku tengok Juju Chika berebut nak main wheel. Nah hari nih dah tercapai hajat dorang dapat wodent wheel. Senior punya lagi tuh!

Warna yang aku minta sebenarnya warna biru tapi dapat warna ungu. Tak kisahlah daripada dapat warna hijau yang tak berapa nak cantik tuh ;p Thanks untuk Penang Suggies Shop sebab wheel nih masih available lagi masa aku nak beli.

Kepada suggies owner yang berminat nak dapatkan wodent wheel nih bolehlah berhubung dengan terus dengan Penang Suggies Shop nih. Ini link FB dia https://www.facebook.com/profile.php?id=100002447088499

*Memang terbaik saiz wheel nih. Sampaikan Juju Chika masuk dalam nih pon tak nampak. Opss yang dalam peket kecil tuh adalah tutti fruitti. Senang nak bawa dried food nih kalau outing.

p/s: Gambar Juju Chika dengan wheel nih akan diupload kemudian. Dorang lincah sangat masa nak ambil gambar~

0 makhluk comel yang memekak dekat sini: