Tuesday, September 06, 2011

Sugar Glider: Smoothies Jambu Madu

Malam nih Juju dengan Chika dapat makanan special. Ehee hari-hari pun special juga. Cuma malam nih rajin lebih banyak daripada biasa. Smoothies Jambu Madu. Nyumm nyumm. Kita kena variety makanan untuk suggies kan?

Resepi yang mudah, cepat dan senang. Bahan-bahan cuma jambu batu, madu, sedikit air. Opps jangan lupa blender yerp. Kalau tak de blender korang pergi pinjam dekat rumah Mak Cik Joyah nun sana ;p

Cara-cara membuat:
1. Potong buah jambu kecil-kecil. Tak nak buang kulit pun tak pe. Ikut selera.
2. Masuk dalam blender. Letak madu dan air sedikit. Jangan banyak-banyak nanti cair tak jadi smoothies plak.
3. Blend sampai hancur lebur.
4. Dah siap bubuhlah dalam bekas. Letak dalam ice cube lagi senang.
5. Bila nak bagi dekat suggies, defrost dulu ekh.
6. Selamat mencuba!!

Agak-agak kalau si suggies tak nak minum, si tuan suggies boleh layan minum juga. Nak tambah HPW ke pun boleh. Tapi selepas blend lah ekh. Kang kalau campur awal-awal, suggies tak nak minum tuan suggies nak minum ke?? Ngaaa~




*Smoothies di dalam bekas yang comel. Senang nak sukat banyak mana dorang minum.

0 makhluk comel yang memekak dekat sini: