Tuesday, December 13, 2011

Ralphie a.k.a King Kong

Salam dan selamat petang you all.

Hari nih aku nak kenalkan korang dengan sugar glider aku yang terbaru. Kira nih anak aku yang keempatlah. Dan dia agak istimewa sikit berbanding sugar glider lagi tiga ekor tuh. Miahahaa

Sebelum dapat nama Ralphie, aku panggil dia King Kong jerk. Mana entah aku dapat idea tuh pun aku tak tahu. Tapi rasanya berpunca daripada kametaro lah nih!!

Ralphie nih adalah sugar glider variation white faced blonde het 100% leucistic. Huhhh betul agaknya aku eja tuh. Harga dia aku beli RM4200. Kenapa mahal? Sebab si King Kong nih variation punya. Dia diimport daripada USA. Aku beli daripada orang yang boleh dipercayai dan mempunyai lesen. Sekian.

Ralphie nih sampai 5 disember hari tuh. Aku belum pun ambil dia lagi sebab dia sampai dekat KL. Hari aku dapat gaji bersamaan dengan 19 Disember kang baru pergi ambil dia. Uhuuu geram jerk tengok gambar Ralphie nih!! Awesome beb. Sugar glider is a awesome, cute creature in the world!! Haa kan mak jemah dah mula ber-speaking London. Yerlah dapat baby mat salleh kan. *sengih sampai telinga*









0 makhluk comel yang memekak dekat sini: