Salam dan selamat pagi sabtu you all!!
Hari nih cuti. Yahoooo! Empat hari cuti weih. Ya bedabeduuuu!! Sekarang aku ada dekat kampung melawat saudara-mara. Dah lama tak balik kampung. Dan Isnin nih ada sugar glider gathering dekat Taman Tasik Putrajaya insya Allah.
Ini cerita hari Selasa yang lalu. Pergi tandas sebab perut sakit menggila. Jadi, ambil keputusan pergilah tandas guru perempuan yang terletak nunnn di hujung tingkat tiga sana. Tutup pintu semua dan siapkan apa yang perlu. Setengah jam kemudian semasa nak membuka pintu....
PINTU TERKUNCI!!!!!!!!!!!!
Weih weih apa nak buat nih. Kelam-kabut sebab ada kelas pukul 10.20. Halamak aih. Panjat singki mengendap dekat tingkap kot-kot ada budak lalu. Okay kebetulan ada sorang anak murid lalu, suruh dia panggil cleaner sebab pintu tak boleh buka dari dalam.
Entah berapa belas minit aku tunggu budak tuh panggil cleaner. Bila dah terkunci macam nih rasa lamaaaa sangat! Cleaner datang pun masih tak dapat selesaikan masalah. Panggil cikgu lelaki. Alahaiii esok mesti jadi hot news dekat sekolah nih. Malulah mak jenab weihhhh
Lepas dah godek-godek bagai pintu akhirnya terbuka dengan sendirinya!! What??! Aku berhempas-pulas tak bergolok gadai nyawa nak buka pintu. Sekali pulas dia terbuka macam tuh jer?? Kepelikan melanda aku....
Tak kisahlah asalkan aku dapat keluar dari tandas dengan selamat. Tak payah nak tunggu esok hari, lepas aku habis kelas dah kecoh dekat bilik guru. Para cleaner pun dah kecoh, apatah lagi anak murid. Hahhh famous tak memasal.
Semalam aku nak melabur pergi tandas tuh lagi. Tapi terkunci lagi. Aikkk?? Memang tak bagi aku berurusan jer dalam tandas nih kan kan. Dah kena masuk tandas OKU dekat bawah nun!! Puas hati melabur dengan senang hati :p
0 makhluk comel yang memekak dekat sini:
Post a Comment