Assalamualaikum.
Hari nih berpeluang tidur lepas solat zohor. Dah berminggu aku tak dapat 'rehat' pada waktu petang. Dua minggu bergelumang dengan olahraga. Dalam masa yang sama kena train budak untuk bola jaring dan persembahan PIBG. Penat!!
Kesian kelas yang aku ajar, lagi-lagi 2 Bayan. Nasiblah korang dapat cikgu yang selalu keluar. Aku suka tapi PENAT!
Semalam sekolah ganti, hari nih mesyuarat PIBG. Lagilah super penat. Cikgu-cikgu lain tolonglah jangan kata macam nih dekat aku. 'As, penat ke?' Aku rasa macam nak tembak pakai M16 taw. Kau dah tahu aku berulang dari Bandar Tenggara nak sampai sekolah settlekan masalah boleh plak kau tanya penat ke tak. Aiyooo!!
Hebat kan cikgu SK PUTRA UTAMA. 12 hari kerja tanpa cuti. Aku nih dari 6.30 pagi sampai 6.30 petang. Tuh pun jangan lagi ada yang kata cikgu tak de kerja. Orang yang sibuk kata cikgu tak de kerja tuhlah dia yang tak de kerja!!
0 makhluk comel yang memekak dekat sini:
Post a Comment