Assalamualaikum.
Hari kedua kejohanan olahraga peringkat daerah Kulaijaya. Bosannn der! Tugas aku adalah sebagai CAPERON. Heii apa benda tuh haa? Aku terpinga-pinga, terkedu lidah. Tugas yang paling tak best kot.
Caperon tuh adalah pengiring. Haa tugas aku adalah sebagai pengiring kontigen Zon Bandar. Kejohanan berlangsung di Stadium Bandar Tenggara, Kulaijaya. Ohh jauh okay jauh! Jalan bersimpang siur dan tentunya banyak lori. Itu aku paling tak suka sangat!!
Dahlah aku seorang jer cikgu perempuan.Haihhh. Ini kerja G-la. Aku tak nak pergi sebab kena settle persembahan untuk PIBG hari Ahad nanti. Dah aku kena tinggal kerja dekat Jaja. Dah sampai demam Jaja tuh.
Tugas sebagai caperon memang tak syiok. Aku mengisi masa yang ada dengan melantak!! Yer aku asyik dengan makan sahaja. Semalam aku mengadap keropok lekor rm3 sementara nak tunggu budak siap acara. Cikgu lain sibuk mengurus. Hari ini dan di kala ini pun aku sedang melantak lagi keropok lekor rm3. Sangat best perut ini bila dipenuhi tuntutan nafsunya.
Hati aku tak tenang dengan budak persembahan nih. Serba salah dengan Jaja....
0 makhluk comel yang memekak dekat sini:
Post a Comment