Assalamualaikum.
Seminggu cuti sekolah, jadi macam-macam tempat pergi terjah. Nanti bila dah sekolah, nak makan pun lupa. Jadi sebaiknya gunakan masa yang ada untuk insan-insan yang tersayang. Muahhh!!
Taman Arnab nih terletak di Bukit Badong, Ijok, Kuala Selangor. Dekat dengan rumah kampung. Sebab tuh setiap kali balik kampung aku mesti singgah dekat Taman Arnab nih. Best!!
Bayaran untuk masuk adalah RM2.00 untuk seorang. Banyak gila arnab, pelbagai jenis baka ada. Sesiapa yang teringin nak makan daging arnab boleh gak beli dekat sini. Yang penting ini adalah perniagaan orang Melayu, produk Muslim.
Selain arnab, ada juga kuda, burung merak, spesies ayam, beruk/monyet/kera, burung comel, guinea pig, ikan toman. Memang tak rugi kalau datang Taman Arnab nih. Jadi sesiapa yang berkesempatan untuk datang, silakan datang. Datang jangan tak datang ewahh!!
0 makhluk comel yang memekak dekat sini:
Post a Comment