Wednesday, April 25, 2012

Ukur Baju, Kain Jangan Di Badan Orang. Ehhhh!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Beberapa minggu nih mood tak menentu. Banyak sangat benda yang tak kena. Yang mencari pasal pun banyak.

Aku tak delah nak menyibuk sangat hal orang. Janji kau tak kacau hidup aku. Tapi sebagai manusia nih kita kenalah beringat kan kan. Ukur baju, kain tuh jangan ukur di badan orang. Kalau ukur dekat badan orang payahlah hidup kau tuh.

Aku nih pun baru setahun jagung kerja. Kalau ikut nafsu-nafsi yang tak ketahuan nih, memang bankraplah aku! Ada kad kredit bukan jalan pintas untuk aku shopping sesungguhnya. Malah aku paling takut nak guna kad kredit tuh. Dan kau jangan plak ambil kesempatan dekat orang yang ada kad kredit nih.

Dulu masa mula-mula kerja, aku selalu berangan nak beli kereta apa. Yerlah aku hidup seorang diri, ada pun scooter arwah nenek aku belikan. Nak ke mana-mana pun kenderaan bertayar dua itulah yang aku bawa. Hatta pergi kursus ke Muar pun aku sanggup merempit naik scooter seawal enam pagi!!

Hingga akhirnya aku membeli Ollie setelah mendapat tunggakan gaji pertama bekerja. Itu pun aku tolak keinginan hati nak beli kereta idaman hati. Sebab aku tahu nanti aku nak beli kereta lain!! Kihkihkih. Asalkan aku ada kenderaan berteduh syukur alhamdulillah. Biarlah kereta pertama aku tak sehebat mana pun. Kalau ikut nafsu, hancurlah!


Ada kad kredit pun bukanlah aku berjoli sakan. Aku gunakan untuk hal tertentu jer. Tapi aku lagi suka guna kad debit bila shopping. Memang aku malas nak bawa duit tunai. Yang aku suka bawa ialah syiling. Kadang dalam purse adidasdahrabak nih ada RM2 jer duit kertas. Kihkih.


Ada orang cakap guna kad kredit nih banyak kelemahannya. Sebenarnya, penggunaan kad kredit nih bergantung pada diri kau sendiri. Kalau kau tak de disiplin, sepuluh kad kredit pun kau boleh guna. Kemudian, pandai-pandailah nak bayar setiap bulan. Alhamdulillah, setakat nih aku guna kar kredit untuk servis Ollie jer. Sebab kan aku dah cakap tak suka bawa duit tunai!!


Jadi, pengajarannya ialah ukur baju,kain di badan kau. Kalau tak muat, baru buat baju besar, kain besar. 










p/s: Janganlah mengaku kerja yang kau tak lakukan. Aku tersentap okay!!!! Lebih sangat kuah daripada sudu, tuh yang meimpah ruah tumpah ke pinggan!!!!

Keluh Kesah Bukan Dari Mak Esah

Assalamualaikum.

Agagaaa. Dah lama tak menjengah blog picitan nih. Super busy teacher!! Wallawehhh. Ke aku jer yang sengaja menyibukkan diri? Persoalan di situ yerr. Siapa nak jawab? Nanti cikgu bagi upah cium pokok. Nak? Nak??

Dua tiga minggu nih sibuk lebih biasa. Selalunya sibuk biasa jer. Tapi sekarang dah jadi sibul luar biasa. Mana nak train action song, mana nak train netball daerah lagi. Huhuuu. Memang malam terkulai habis!! Bunga layu pun elok lagi taw.

Aku ada kecil hati juga dengan KP pasal action song. Aku dah bagi tahu dengan dia, aku ada kekangan nak train budak action song. Lagilah masalah sikit bila aku tak ajar English Year 3. Weihh i am not so bad English teacher!! Tapi dia buat endah tak endah jer. I dont like to pass up my works to others. Tak sedap rasa taw! Kang nanti ada yang menyumpah seranah aku. Dahlah asyik dapat relief kelas aku, bagi kerja plak tuh. Agogoooo

Akhirnya, aku curi masa kelas yang aku ajar. Arghhh!! Aku bencilah macam nih. Aku juga yang kena!! Kesian kot dengan budak kelas aku. Aku BERHUTANG MASA dengan dorang. Macam mana aku nak ganti balik. Nih gara-gara action song!!!!

Pagi dekat padang, tengah hari tengok budak action song. KP langsung tak ambil kisah. Dengan adanya pertolongan Jaja, Kak Aidayu, Kak Zura, Mazwan dan Fadzli aku rasa budak action song tuh dah ada improvement. Dalam masa dua minggu nak train. Dua kali tukar lagu! Guru yang sepatutnya MEMBANTU aku langsung tak nampak batang hidung. Jangankan batang hidung, kelibat kau langsung kosong aku tak nampak!! Membantulah sangatttt kan~~

Jangan ingat aku sibuk dekat padang, aku pandang ringan kerja yang aku buat. Aku bersungguh sediakan costumes budak. Jaja siap buatkan skirt polkadot lagi. KP boleh cakap, 'Nanti buat claim ekh. Suruh Fadzli buat paperwork action song inter class'.

Maaflah kak. Barang-barang nih kami nak simpan. Siapa nak guna, SEWA!! 


*Chika and Ralphie grooming on each other. Sweeeet bebeh!!

*Si debab yang semakin debab. Jangan tertipu dengan LUMP itu. Itu hanyalah LUMP LEMAK~

*Tak de rezeki lagi nak menimang cahaya mata. Sabarlah sayang. Nanti anak-anak kita semua keluar white~

p/s: Bila tengok Juju Sherley Chika Ralhie, hilang semua masalah ;p Allahu Rabbi, kuatkanlah hati nih~~

Thursday, April 12, 2012

Habuan JOHAN Karnival Bola Jaring P12 MSSD Kulaijaya 2012 #part 2

Assalamualaikum dan salam semuanya.
Masih bernafas? Syukur alhamdulillah. Nikmat yang diberikan kita tak tahu bila nak diambil semula kan kan??

Okay cerita berpatah kembali tentang bola jaring p12. Dah lah dapat JOHAN, perghh bagai ditatang minyak yang penuh!! Kembang kempis jer hidung nih bila orang tanya menang ke kalah. Ada ke patut tanya menang ke kalah?? Aku tak suka jenis soalan macam tuh. Tak menghargai langsung usaha aku, Jaja dan Dayah (A) nak tingkatkan mutu pencapaian kokurikulum SKPU. Hampehhhh. Macam tak layak plak kita orang nih dapat JOHAN kan kan.

Ramai yang terkejut beruk buat muka konon suci mata terbuka besar mulut ternganga bila kita orang cakap JOHAN. JOHAN okay!! Bukanlah JOHAN AS'ARI atau JOHAN RL tuh. Apatah lagi JOHAN NAWAWI suami kepada penyanyi NORA tuh. Semua tiada kaitan langsung! None!!

Sedih sangat sepanjang kita orang berjuang di padang yang dah macam dicurah dengan air teh tak de ais jer. Dah macam kerbau lembu bergolek dalam lumpur!! Aku taklah bergelumang dalam lumpur sebab aku juruletih hottt kan *nak makan penyepak*. Budak-budak jer dah macam gajah tak jumpa becak ;p

Sampai pusingan akhir kita orang nih menunggu kelibat orang-orang besar SKPU. Tapi sayu jer. Memang aku kecil hati pun. SANGAT! Aku tahu dorang nih tak harap pun team aku akan menang sebagai JOHAN. Aku kan cikgu baharu mana layak nak bagi budak menang. Yang datang masa tuh Cikgu Mazlan (SU SUKAN) dan Cikgu Adib. Kebetulan dorang sampai masa peringkat akhir-lawan dengan SK TAMAN KOTA KULAI 2. Memang kaw-kaw sokongan padu tuh! 

Yang ambil berat pasal bola jaring si Cikgu G-la. Dia sibuk dengan latihan pusat olahraga pun sempat telefon tanya apa perkembangan. Cuma tak de rezeki dia nak tengok sebab dia datang masa penyampaian hadiah.  

Dan sebagai ubat penyembuh kedukaan aku tuh, GPK KOKO telah memberikan saguhati kemenangan berupa RM150.00 kepada aku. Bukanlah untuk aku pun. Untuk budak-budak juga. Hahaa yang paling best dia bagi depan cikgu lain! Sentap noks. Pandang-pandang jeling-jeling jer yang korang mampu kan kan *senyum leret*

Johan karnival bola jaring daerahh Kulaijaya-kemenangan SKPU yang terbesar kot!! Barulah sekolah-sekolah otai lain nampak sekolah aku nih. Biarlah sekolah baru dua tahun berdiri nak berangan jadi juara pun. Aku tahu ada desas-desus banyak pasal SKPU nih. Ada dah segelintir sekolah yang cuak dengan kehebatan sekolah aku. Sekolah aku taw bukan sekolah orang lain!! Hahaa *mampus aku kalau GB tahu*


*cukup nak makan pizza hut 15 orang?

RM150 maknanya seorang dapat RM10. Cukuplah tuh kan. Budak-budak tak payah bagi banyak sangat duit. Kihkihkih. Perancangan aku nak bawa dorang pergi makan dekat Pizza Hut IOI Mall. Cukup ke tak cukup duit tuh lain kira. Aku ada lagi dua orang juruletih boleh support.  Kan Jaja kan. Kan Dayah (A) kan. Tak pe yang penting niat aku ikhlas. Bagi jerlah dorang makan sebanyak mana dorang nak. Tahun depan dah masuk sekolah menengah. 

p/s: Pemilihan pemain daerah Kulaijaya 18 dan 19 April. Seperti yang diberitahu ramai budak dari team aku terpilih. Jangkaan aku cuma empat orang sahaja. Lebih dari satu kira banyaklah kan kan.

Saturday, April 07, 2012

JOHAN Karnival Bola Jaring P12 MSSD Kulaijaya 2012 #part 1 (UPDATE)

Assalamualaikum.

Maaflah yerk sekarang aku dilanda kesibukan melampau. Tak sempat nak update blog. Alaaa blog picitan jer. Orang tak hairan pun kalau tak update. Kan kan??

Tak nak cerita panjang. 3 April 2012, pasuka bola jaring Sekolah Kebangsaan Putra Utama telah dinobatkan sebagai JOHAN dalam karnival bola jaring perempuan bawah 12 tahun peringkat MSSD Kulaijaya.

Perghhh hebat kau jahhh!! Okay aku memang tak sangka pun team aku akan menang sejauh ini. Tahun lepas, peringkat kumpulan pun tak lepas. Tahun nih aku ubah strategi. Bulan Februari dah mula latihan. Sampaikan GPK KOKO cakap kenapa nak training awal-awal? PERLU KE TANYA SOALAN MACAM TUH????

Alhamdulillah team aku menang besar. Cuma sekali kekalahan di peringkat kumpulan kerana rehat yang panjang akibat hujan yang tak nak berhenti. Perlawanan selepas itu syukur dipermudahkan olehNya. Aminnn

Nanti aku cerita pada entry akan datang. Ini cuma hebahan di blog. Dekat facebook memang aku dah heboh bagai ;p

Carta kemenangan netballers SK PUTRA UTAMA

Pusingan 1:-
SK Putra Utama(15) VS SK Bukit Batu(2) 
SK Putra Utama(9) VS SK Bukit Ramun(4)
SK Putra Utama(4) VS SK Sinar Bahagia(5)

Pusingan 2:
SK Putra Utama (9) VS SK Murni Jaya (1)

Suku Akhir:-
SK Puta Utama (10) VS SKBandar Tenggara 1 (4)

Separuh Akhir:-
SK Putra Utama (8) VS SK Kulai Kampung Melayu (5)

Akhir:-
SK Putra Utama (8) VS SK Taman Kota Kulai 2 (4)



Netballers SKPU 2012 *ohhh cantik baju nokss!!




Nampak tak palitan becak tuh? Itu bermakna bermain dengan sesungguhnya!!

p/s: Tiba-tiba aku jadi glamour di kalangan jurulatih. Ohh saya cuma jurulatih picitannnn~

p/s/s: Sebelum pertandingan dah bermacam cerita ada. Sampaikan kisah perlawanan persahabatan dengan SK Bandar Putra pun sekolah di pedalaman tahu. Ohhh hebat nih! Gara-gara gol kemenangan 40 *sigh

p/s/s/s: Insya Allah empat orang netballers SKPU terpilih untuk peringkat negeri mewakili daerah Kulaijaya di Sekolah Sukan Bandar Penawar, Kota Tinggi.

p/s/s/s/s: GPK KOKO tak bagi aku pegang benda lain. Nampak gaya aku kena tolak pergi kursus SPBT. Alasan dia aku jurulatih team daerah Kulaijaya untuk peringkat negeri. Ehh aku tak hebattttlah~