Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Beberapa minggu nih mood tak menentu. Banyak sangat benda yang tak kena. Yang mencari pasal pun banyak.
Aku tak delah nak menyibuk sangat hal orang. Janji kau tak kacau hidup aku. Tapi sebagai manusia nih kita kenalah beringat kan kan. Ukur baju, kain tuh jangan ukur di badan orang. Kalau ukur dekat badan orang payahlah hidup kau tuh.
Aku nih pun baru setahun jagung kerja. Kalau ikut nafsu-nafsi yang tak ketahuan nih, memang bankraplah aku! Ada kad kredit bukan jalan pintas untuk aku shopping sesungguhnya. Malah aku paling takut nak guna kad kredit tuh. Dan kau jangan plak ambil kesempatan dekat orang yang ada kad kredit nih.
Dulu masa mula-mula kerja, aku selalu berangan nak beli kereta apa. Yerlah aku hidup seorang diri, ada pun scooter arwah nenek aku belikan. Nak ke mana-mana pun kenderaan bertayar dua itulah yang aku bawa. Hatta pergi kursus ke Muar pun aku sanggup merempit naik scooter seawal enam pagi!!
Hingga akhirnya aku membeli Ollie setelah mendapat tunggakan gaji pertama bekerja. Itu pun aku tolak keinginan hati nak beli kereta idaman hati. Sebab aku tahu nanti aku nak beli kereta lain!! Kihkihkih. Asalkan aku ada kenderaan berteduh syukur alhamdulillah. Biarlah kereta pertama aku tak sehebat mana pun. Kalau ikut nafsu, hancurlah!
Ada kad kredit pun bukanlah aku berjoli sakan. Aku gunakan untuk hal tertentu jer. Tapi aku lagi suka guna kad debit bila shopping. Memang aku malas nak bawa duit tunai. Yang aku suka bawa ialah syiling. Kadang dalam purse adidasdahrabak nih ada RM2 jer duit kertas. Kihkih.
Ada orang cakap guna kad kredit nih banyak kelemahannya. Sebenarnya, penggunaan kad kredit nih bergantung pada diri kau sendiri. Kalau kau tak de disiplin, sepuluh kad kredit pun kau boleh guna. Kemudian, pandai-pandailah nak bayar setiap bulan. Alhamdulillah, setakat nih aku guna kar kredit untuk servis Ollie jer. Sebab kan aku dah cakap tak suka bawa duit tunai!!
Jadi, pengajarannya ialah ukur baju,kain di badan kau. Kalau tak muat, baru buat baju besar, kain besar.
p/s: Janganlah mengaku kerja yang kau tak lakukan. Aku tersentap okay!!!! Lebih sangat kuah daripada sudu, tuh yang meimpah ruah tumpah ke pinggan!!!!

0 makhluk comel yang memekak dekat sini:
Post a Comment