Assalamualaikum dan salam Jumaat.
Genap setahun hari nih emak kembali ke rahmatullah. Tanpa sempat emak merasa gaji pertama aku. Tanpa sempat aku menatap wajahnya. Yang aku mampu mendengar suaranya sebelum hari-hari pemergiannya. Aku di sini dan dia di sana ketika aku. Jarak memisahkan kami.
Jun 2010, bulan terakhir aku menemui emak. Banyak kali aku ajak emak datang tapi emak enggan. Tak mahu menyusahkan aku katanya. Aku faham isi hati emak yang ketika itu dilanda penyakit mata yang teruk. Dan aku tidak kisah juga berkorban untuk emak. Kerana aku sangat menyayangi dirinya. Sangatttt sayang....
Mac 2011, aku sering menerima panggilan daripada emak. Bertanyakan kesihatan aku dan adik-adik. Tidak lupa juga cucu lelaki yang dikasihi-Danish. Waktu itu Darwish baru sahaja selamat dilahirkan ke bumi Allah. Sayup suara emak. Aku tahu emak menangis apabila bercakap dengan aku. Walaupun dia tahan suaranya tapi masakan emak boleh menipu anak. Anak yang dikandung dan disimpan dalam perut selama sembilan bulan. Aku tahu emak banyak menipu tentang kesihatannya. Aku tahu itu. Emak tak pandai menipu aku....
Aku tak mampu meneruskan taipan. Air mata mengatasi segalanya.... Maafkan akak emak.
2 makhluk comel yang memekak dekat sini:
sabar ye awak huhu
Sedih akak baca, sama2 kita mendoakan arwah mak masing2
Post a Comment