Assalamualaikum,
11 hari dah berlalu. Sepi. Sayu. Pedih. Semua perasaan bercampur. Mulut aku suruh kata redha dengan apa yang terjadi, tapi hati aku berterusan tak nak!!
Beberapa hari lalu, selepas beberapa kali aku buat Yaasin Mubin, solat hajat dan lain-lain, aku mimpi Celia. Aku nampak dia tengok aku dalam mimpi tu. Cumanya tak jelas dekat mana Celia. Sayu pandangan mata Celia. Lepas mimpi Celia terus aku terjaga dari tidur. Masha Allah.
Hari Khamis baru ni aku demam. Demam kerana rindukan Celia. Asyik tengok sangkar kosong dia jer. Kadang cium-cium bonding pouch dia. Konon ambil bau. Lantaklah kalau orang nak kata busuk pun (=_=)
Walaupun aku mencuba untuk redha, tapi aku tetap teruskan usaha aku. Tetap mencari dia walaupun peratus untuk aku berjumpa balik dengan dia tak pasti. Ya Allah, bantulah aku mencari Celia. Berilah aku peluang untuk menjaga dia. Kau selamatkanlah dia walau di mana dia berada.
1 makhluk comel yang memekak dekat sini:
Hilang ke?
Post a Comment