Wednesday, January 02, 2013

Rangkuman Cerita dan Kejadian 2012 *update gambar*

Assalamualaikum,

Masih belum terlambat kan nak ucap selamat tahun baru 2013. Ohhoiii bertambah sudah tahunnya. Tak de apa sangat nak coretkan, cuma sedikit bingkisan bagi mengenang kejadian yang telah berlaku sepanjang tahun 2012. Nak coret semua kejadian, tidaklah. Hanya kejadian-kejadian yang memberi kesan ;p

Permulaan tahun 2012 dimulakan dengan aku dilantik sebagai Guru Kelas 2 Bayan. Kelas Tahun 2 paling belakang, paling hardcore. Budak tak ramai cuma 24 orang jer. Mula-mula berat hati jer sebab kelas belakang siapalah nak kan. Lagi plak aku pernah mengajar dorang masa Tahun 1 dulu. Dah kenal pun perangai masing-masing. Ehh tapi sebenarnya aku suka kelas belakang. Tak stres bila mengajar, walaupun dorang nih lambat.

Kejayaan paling berharga sepanjang tahun 2012 apabila pasukan bola jaring SKPU telah dinobatkan sebagai johan karnival bola jaring bawah 12 tahun peringkat daerah Kulaijaya. Tak sia-sia usaha aku dan Jaja memerah keringat buat latihan sejak Januari. Walaupun ada cakap-cakap belakang, ada aku kesahhh? Paling best bila tiga orang dapat pergi peringkat negeri. 

Walaupun sekolah baru, tak semestinya tak boleh melakar kejayaan dengan cemerlang kan. Aku tahu ramai pasukan yang tak sangka pasukan SKPU boleh muncul juara. Sampaikan mmesyuarat sekolah lain pun boleh naik nama SKPU ;p

Paling memberi kesan yang mendalam bila orang atasan si mulut longkang (sangat longkang) membuat onar. Ehh aku tak tahu kenapa dia begitu anti dengan Danish. Tak pernah plak Danish munculkan masalah kalau aku bawa dia pergi sekolah. Tak perlu kau nak buat cerita di belakang aku. Bertanyakan apa kisah aku dan Danish pada orang lain. Tak boleh agaknya cakap dengan aku sendiri. Danish anak jagaan aku. Jangan persoalkan walaupun aku bujang.

Menyertai PSKPP Bola Jaring Kulaijaya buat pertama kalinya sepanjang dua tahun berkhidmat. Rentetan daripada kemenangan pasukan bola jaring sekolah. Perbezaan yang sangat ketara bila cikgu sekolah rendah dan sekolah menengah bergabung. Serius aku tak tahu kenapa ada border  sedangkan masing-masing adalah guru. Aku menjadi center buat kali pertama dalam sejarah perlawanan bola jaring.

Kisah ini yang paling menarik hati. Sugar glider aku telah berkembang! Yeahh daripada seekor sekarang sudah menjadi 11 ekor sebelum Celia hilang. Dapat dua ekor joeys jantan WFB daripada Ralphie dan Chika, empat ekor joeys classic grey (dua jantan, dua betina) daripada Juju dan Sherley. Selepas ini aku hanya akan fokus kepada breeding variation sugar glider. 

Di sebalik kisah menarik tentang sugar glider, ada yang terpalit pahitnya. Memberi kesan kepada mental. Celia hilang. Sebulan lebih aku membela. Silap aku kerana tak kunci pintu dengan cable tie. Kerana anggapan aku, dia tak pandai buka pintu kecil tu. Sudah dua minggu Celia hilang. Aku tak tahu macamana keadaan dia. Bila hujan turun, kekadang menangis sebab risaukan keadaannya. Walaupun Celia hanya seekor sugar glider, seekor binatang, kasih sayang aku kepadanya sangat mendalam.

Mungkin bukan jodoh aku dengan Celia. Memetik kata seorang sahabat, 'REDHA bukanlah bermakna tiada tangisan dan kesedihan, tetapi adalah peneriamaan tanpa persoalan terhadapat apa yang telah ditentukan oleh ALLAH'.

Menghabiskan masa bersama adik-adik dan anak buah tercinta adalah saat paling indah. Tak kisahlah walau aku berhabis duit pun. Tidak mempunyai emak dan abah, jadi ku abadikan rezeki yang aku dapat dengan membuat amal jariah sedekah. Soal duit aku memang tak berkira dengan adik beradik. Sebab aku tahu aku kakak, maka aku akan melaksanakan tanggungjawab aku sepenuhnya walaupun adik-adik telah berkahwin. Kakak mana yang sanggup tengok adik susah kan kan?? 

Penghujung 2012 diakhiri apabila aku sah menjadi tunangan orang. Kahkahkah ;)

*Haa ni budak Tahun 6 yer bukan cikgu taw ;p

*Nih cikgu hottttt plate 2012~~

*Pemain bola jaring SKPU 2012. You are awesome bebeh!!!!


*Hujan dan berhenti. Line internet tak macam haremmm pants lagi. Gambar dah upload~~

0 makhluk comel yang memekak dekat sini: