Thursday, January 24, 2013

Sugar Glider: Selamat Tinggal Pino

Assalamualaikum,

Ini kali pertama aku menjual sugar glider milikku sendiri. HOMEBREED punya. Aku ternak mereka di dalam sangkar yang diletakkan di dalam rumah. 

Sedih. Sobss sobss. Pino adalah sugar glider homebreed aku yang kedua selepas Chad, iaitu abang Pino. Weihh tak pernah rasa sesedih ini. 

Pino dah berumur 6 bulan, OOP 15 Julai 2012. Aku jangka tak de orang nak beli. Sebab aku tak pernah iklankan nak jual dorang. Sayang kot! Kebetulan ada customer aku mencari sugar glider jantan yang dah matang. 

Bila bakal tuan Pino datang nak ambil, homakkau dia torkojut!! Sebab dia jangka Pino tak sebesar yang dia tengok. Hehee. Kan aku dah cakap. Aku punya homebreed. Aku jaga makan pakai dorang. Sebab tu kalau orang kata umur dia setahun lebih pun orang percaya. Bapak dia si Juju sumbing pun kecik daripada dia.

Berat Pino masa hari dia dibeli ialah 83 gram. Aku pegang pun terasa kegemukan. Dia bukan obes okay! Pino sangat baik masa bakal tuan baru dia pegang. Kasihan Chad, kehilangan kasih sayang adiknya.



Pino bersama tuan baru~ Muka sedih??



Ini Chad. Dia pun besar juga. Cuma Pino gemuks sedikit daripada beliau~


p/s-Terima kasih Jaja datang daripada Kota Tinggi meredah banjir untuk membeli Pino. Terharu noks!!

p/s/s-Chad masih available untuk dibeli. Sesiapa berminat boleh hubungi 0123063776.

3 makhluk comel yang memekak dekat sini:

♚ wonderFURRworld ♚ said... Reply To This Comment

mesti rasa sedih giler kan sbb kita yg besarkan dorg depan mata.. xpe la..klu rindu, nnt bleh mintak owner baru dia send video or pic dia buat pengubat rindu.. hehee

Razil Tahir said... Reply To This Comment

roomate sama ada sugar glider jugak..
saya pernah skodeng dia... hahahah
tapi yang jantan tue terlepas then lari...
tuan dia sedih sangat... kesian tengok...

noah darham said... Reply To This Comment

@http://wonderfurrworld.blogspot.com/

sobss. dah mesej owner baru. dia kata Pino okay ;p