Assalamualaikum,
Hari ni awal sikit update blog. Ni pun update guna komputer sekolah. Hari nih sekolah ganti hokayy!! Saya tak de laptop mahupun komputer. Jadinya hak sekolah adalah kepunyaan saya juga *sambil siapkan surat-surat lawatan ;). Nampaklah sikit kan aku buat kerja.
Semalam menu berbuka puasa aku ada buat baked cheese macaroni. Update gambar dalam facebook *biasalah letteww hobi menayang makanan kan. Ada kengkawan yang minta resepi.
Ehemm. Aku bab masak nih semua main campak jer dalam kuali. Tapi dah ada request, jadi mari kita tengok macam mana kacang gorengnya nak buat baked cheese macaroni nih.
Bahan-bahan:
Macaroni (satu setengah cawan)
Daging/ayam kisar 100 gram (aku guna cap Ramly)
Cendawan butang (hiris nipis)
Kacang peas (hiris sukahati)
Lobak merah (potong kecil)
Cheese (aku guna cheesedale sebab itu jer yang ada dalam peti ais)
Marjerin (untuk menumis)
Bawang merah (potong dadu)
Bawang putih (potong dadu)
Serbuk perasa (serbuk lada hitam, garam)
Cara-cara:
1. Rebus macaroni hingga empuk. Tambah minyak dan garam sikit dalam air rebusan. Dah siap, ketepikan.
2. Masak daging dalam kuali tanpa minyak. Bagi air-air dia keluar. Hancur-hancurkan daging masa masak tu. Ketepikan.
3. Tumis bawang merah, bawang putih. Masukkan sayur (lobak merah, kacang peas, cendawan butang dan tambahlah sayur ikut korang).
4. Bila sayur dah empuk, masukkan daging tadi. Kacau bilaukan bahan yang ada dalam kuali.
5. Masukkan pula macaroni. Gaul lagi. Tambah serbuk perasa. Sebab bulan puasa, ko agak-agaklah nak bubuh serbuk perasa. Kalau tawar tak pe. Masa makan boleh letak sos cili ;)
6. Dah siap masak, ketepikan.
7. Ambil Loyang pembakar. Lengserkan sekeliling dengan marjerin.
8. Bubuh macaroni tadi suku. Taburkan cheese. Bubuh lagi macaroni. Tabur cheese. Ulanglah berapa lapis ko nak. Macaroni-cheese-macaroni-cheese-macaroni-cheese.
9. Dah siap, masukkan dalam microwave atau oven. Kalau oven panaskan suhu dalam 180 darjah gitew. Masaklah lebih kurang 20 minit atau sehingga lapisan cheese paling atas dah cair atau kekuningan. Ikut sukahati korang. Tapi jangan sampai hangit plakkk.
Okay, sekian sahaja resepi baked cheese macaroni dari Dapur Noah ;)
Aku guna kacang peas yang ini. |
Tadaaa!! Inilah dia hasil yang sedang tunggu masa untuk dibakar. Gambar selepas bakar, mals nak ambil sebab kanak-kanak Ribena dah meroyan nak makan ;p |
0 makhluk comel yang memekak dekat sini:
Post a Comment