Showing posts with label #gaji dah masuk. Show all posts
Showing posts with label #gaji dah masuk. Show all posts

Saturday, December 17, 2011

Dua Hari Lagi.

Salam sayang semua..

Tinggal lebih kurang dua hari lagi. Yeahhh!! Gembira, suka, tak sabar, terharu semua perasaan pun ada. Alaa perasaan macam budak kecil dapat gula-gula dua biji walaupun rasanya nan hadooo!

Esok malam naik train pergi Kuala Lumpur. Hantar Cinonet a.k.a Gegurl kembali kepangkuan mommynya. Lepas tuh pergi ambil Ralphie a.k.a King Kong dekat rumah Kak Allenna. Hurmm dapatlah kot nanti tengok variations sugar gliders Kak Allenna :p

Lepas dah ambil Ralphie terus shoot balik JB naik train pukul dua petang. Harapnya keretapi tak delay macam dulu-dulu aku naik dua tiga bulan lepas. Delay hampir empat jam!!

Oppsss! Hari yang sama juga dapat gaji. Whoaa double triple best kan. Kalau bab nak habiskan duit memang semuanya best. Lepas tuh merana tunggu gaji masuk. Miahahaaa. Syukur alhamdulillah bila dah kerja tak harapkan duit orang lain lagi.






p/s: Sabarlah wahai King Kong ku yang kacak rupawannnn :-)

Thursday, December 15, 2011

Yeayyy!! Payslip Disember Dah Keluar.

Salam.

Yehh mak jenab dah terkinja-kinja daripada semalam. Sebabnya mestilah pasal gaji kan. Payslip semalam aku tengok dah ada. Whoaaaa masyuk! *mulut ternganga*

Walaupun gaji aku belum lagi gaji gred baru, tapi syukurr alhamdulillah. Bonus pun banyak. Separuh gaji pun kan :p Mahulah sengih sampai ke kepala. Errkk

Siapa yang dah dapat tunggakan ITP tuh tahniah yerk. Aku punya tak tahu bila nak dapat. Lambat pun tak pe. Mak jenab tak kisah noksss! Janji gaji tiap-tiap bulan dapat. Yeahhh minggu depan nak makan pizza Dominosssss *lompat tinggi lagi*

Siapa yang nak tengok payslip tuh silalah segera menerjah laman sesawang Jabatan Akauntan Negara Malaysia iaitu www.anm.gov.my