Showing posts with label #hostelsider pinggiran jalanan. Show all posts
Showing posts with label #hostelsider pinggiran jalanan. Show all posts

Thursday, October 21, 2010

kisah pak guard

salam dan selamat tengah hari..

sejak musim nak exam nih rajin betullll ND update blog. mahulah tak kan. kelas tak de dah. kalau tak pagi sibuk dengan kelas memang jarang nak update blog. si berukband nih kalau malam meroyan sentiasa. langsung tak mahu bagi chance ND update blog. memang line macam haremmm kalau dekat asrama nih ;( ND bayar kot bil tiap-tiap bulan.

entry ini bukan nak kisahkan tentang beruband yang suka meroyan tuh. tapi tentang pak guard yang mahu ND ceritakan. daripada dulu sampai nak habis belajar dah nih ND memang bermasalah betul dengan incik-incik guard sekalian. pada mata guard, ND nih ada jerk yang tak kena. dan begitu juga sebaliknya.

ND nih jenis manusia kalau orang dah buat taik, buat paliang memang sure confirm pasti ND akan bermasalah dengan dia. jadi, janganlah cuba membuat onar dengan ND yerk. ND pon tak mahu membuat angkara terhadap manusia lain. macam tuhlah kisahnya dengan guard nih. asal ND keluar jerk dekat pos pengawal tuh mesti kecoh. seluar ketatlah, tak boleh pakai seliparlah, sticker tampal salahlah. aisehhaii. itu cerita dulu-dulu punya. siap nak bergaduh dengan guard sebab seluar. dan akibatnya pas keselamatan kena rampas. tuh baru satu cerita. banyak kisah lagi tentang ND dengan guard nih. hebat bukan mencari masalah??

tapi bila dah tukar guard baru okeh sikitlah dia orang nih. dah boleh ngam dengan ND. cuma adalah seorang dua yang suka jerkah-jerkah ND dekat pos pengawal tuh. tak pelah kan. lepas nih pak cik sekalian tak boleh nak jerkah ND lagi. silalah mencari pelajar lain untuk dijerkah. serius beb ND paling menyampah kalau kena jerkah. oitt!! ingat den nih telinga pokak ke?? cakap elok-elok tak boleh? syukur mak abah beri didikan yang sempurna supaya hormat orang tua. kalau tak memang sound direct jerk pak cik tuh..

nih dah hari-hari terakhir untuk meninggalkan maktab, nampaknya ND pun sudah mula merobek peraturan yang sedia ada. peraturan perempuan kena ada dekat asrama sebelum pukul 9 dah ditarik balik. so lepas nih bolehlah berfoya-foya di luar sehingga jam 11 malam. oohhh sangat best. tak perlu nak gopoh-gapah balik asrama. mungkin sebab banyak sangat tragedi berlaku kan. ada baiknya peraturan tuh ditarik balik. nihlah kata orang tua. kerana nila setitik rosak susu sebelanga. ;)

nOta kHaki:sayangnya mahu tinggalkan perlis..sobss3

Thursday, October 14, 2010

.bitten by CHARLIE.

salam and morning fellas!!

uihh. dah lama betul tak tulis entry guna english. tak pelah. sekarang bulan bahasa kebangsaan. writing using malay is better. ngeh3

My armpit was bitten by charlie. itu tajuk berita pagi nih. siotlah charlie nih. mula-mula ingatkan melecet tapi rupa-rupanya si charlie yang gigit. weih sakit der. macamlah tak de tempat lain nak gigit kan. dahlah ada LIMA kesan gigitan dia tuh! uhhh dahsyat beb!! nasib dia tak naik dekat muka. syukur~ tapi sakit juga bila dia gigit dekat armpit nih. tak selesa semua pun ada. lagi-lagi kalau berpeluh. uhhh pedih kot.
pesanan untuk si charlie:
tak pelah kalau nak gigit pon. tapi jangan sangka ND tak akan ambil tindakan yerk. memberi amaran kepada binatang?? ohhhh what the fish ND??


nOta kHaki:kepada orang-orang yang nak emo tak tentu pasal, sila muhasabah diri anda dulu~~

Wednesday, September 29, 2010

~classmates open house~

anak murid jom siap-siap balik rumah!!!!


salam dan selamat tengah hari you all..


hari nih classmates ND yang perempuan buat open house..
ND dijemput sebagai chef undangan khas..muahahaaa
special menu from ND-my nyummy nyummy spagethi
hooyeahhhhh..sila lelehkan air liur anda.. :)
spagethi nih pon khas untuk adik amal yang minta masakkan daripada tahun lepas..
amal, really sorry yerk sys..kali nih akak tunaikan permintaan tuh


insyaALLAH lepas zohor ND akan bergerak mencari barang keperluan..
nanti nak berkelentung kelentang kat dapur bersama classmates..
oohhh..rindunya nak memasak (O_o)
dan sekarang harus membuat assignments yang masih terbengkalai tuh..
oohhhh..damnit!!
paling menyampahtaksuka bila tangguh-tangguh kerja nih taw..
tak kuasai aiinyah nak mengadap assignments tuh..


haaa....dan yang paling best hari nih segala kelas tak de..
ND and the geng pergi jumpa en. tat minta buat kelas hari lain..
perghhh..nasib en. tat tak buat perangai..
dia pon okeh jerk bila kita orang cakap nak buat open house..
aiilapyoulah en.tat..
next week ND buat kolaborasi pasal presentation tuh ekh..
*kena bodek betul-betul sebab dia penyelia ND*



ND punya spagethi lagi sedap daripada segala spagethi yang ada kat dunia nih taw..
pizza hut punya spagethi pon kalah..
sampaikan kucing pon makan spagethi yang ND masak~



setakat ini sahaja laporan untuk kali ini..
sekian, terima kasih..


nOta kHaki:tung tang tung tang alexander~~