Thursday, October 21, 2010

kisah pak guard

salam dan selamat tengah hari..

sejak musim nak exam nih rajin betullll ND update blog. mahulah tak kan. kelas tak de dah. kalau tak pagi sibuk dengan kelas memang jarang nak update blog. si berukband nih kalau malam meroyan sentiasa. langsung tak mahu bagi chance ND update blog. memang line macam haremmm kalau dekat asrama nih ;( ND bayar kot bil tiap-tiap bulan.

entry ini bukan nak kisahkan tentang beruband yang suka meroyan tuh. tapi tentang pak guard yang mahu ND ceritakan. daripada dulu sampai nak habis belajar dah nih ND memang bermasalah betul dengan incik-incik guard sekalian. pada mata guard, ND nih ada jerk yang tak kena. dan begitu juga sebaliknya.

ND nih jenis manusia kalau orang dah buat taik, buat paliang memang sure confirm pasti ND akan bermasalah dengan dia. jadi, janganlah cuba membuat onar dengan ND yerk. ND pon tak mahu membuat angkara terhadap manusia lain. macam tuhlah kisahnya dengan guard nih. asal ND keluar jerk dekat pos pengawal tuh mesti kecoh. seluar ketatlah, tak boleh pakai seliparlah, sticker tampal salahlah. aisehhaii. itu cerita dulu-dulu punya. siap nak bergaduh dengan guard sebab seluar. dan akibatnya pas keselamatan kena rampas. tuh baru satu cerita. banyak kisah lagi tentang ND dengan guard nih. hebat bukan mencari masalah??

tapi bila dah tukar guard baru okeh sikitlah dia orang nih. dah boleh ngam dengan ND. cuma adalah seorang dua yang suka jerkah-jerkah ND dekat pos pengawal tuh. tak pelah kan. lepas nih pak cik sekalian tak boleh nak jerkah ND lagi. silalah mencari pelajar lain untuk dijerkah. serius beb ND paling menyampah kalau kena jerkah. oitt!! ingat den nih telinga pokak ke?? cakap elok-elok tak boleh? syukur mak abah beri didikan yang sempurna supaya hormat orang tua. kalau tak memang sound direct jerk pak cik tuh..

nih dah hari-hari terakhir untuk meninggalkan maktab, nampaknya ND pun sudah mula merobek peraturan yang sedia ada. peraturan perempuan kena ada dekat asrama sebelum pukul 9 dah ditarik balik. so lepas nih bolehlah berfoya-foya di luar sehingga jam 11 malam. oohhh sangat best. tak perlu nak gopoh-gapah balik asrama. mungkin sebab banyak sangat tragedi berlaku kan. ada baiknya peraturan tuh ditarik balik. nihlah kata orang tua. kerana nila setitik rosak susu sebelanga. ;)

nOta kHaki:sayangnya mahu tinggalkan perlis..sobss3

0 makhluk comel yang memekak dekat sini: