Friday, January 28, 2011

Takut Aku Tahu??Kau Tak Takut Ke??


Salam buat semua..

Wooo hujan lebat gila nih. Memang sedaplah kalau dapat tidur. Tapi aku hati masih tak tenteram sejak semalam dan semalam lagi. Nih semua posting punya hal. Bila entah aku nak tahu aku dapat mana.

Kelas aku baru seorang jerk yang dah dapat tahu. Minta Sabah tapi dapat dekat KL. Nasiblah kau Iqbal. Pergi sekolah naik motor jerk senang. Jimat duit lagi tuh. Nanti nak pergi konvo pon tak susah-susah dah.

Nih nak tunggu KPM update website pun mahu berjanggut. Cerita setakat nih ramai budak sains dan matematik dapat Sarawak. Ohh itu sangat best!! Aku suka Sarawak sebab kek lapis dia sedap ;p. Kalau aku dapat sana mesti boleh bisnes kek lapis. Hahaa. Budak math maktab aku pun seorang dah tercampak dekat sana. Aishh. Aku pun suka Sabah juga sebab aku boleh shopping mutiara banyak-banyak. Hahaa. Tapi aku lagi suka Johor sebab ini tempat aku dibesarkan ;p

Aku memang sangat berdebar nak tunggu jawapan posting nih. Nasib aku cuti hari nih semata-mata nak tahu pasal posting. Daripada malam tadi aku tidur-tidur ayam jerk. Nasib ayam tak tidur dengan aku sekali. Hehee

Kalau aku posting dekat Johor tak perlu aku bersusah hati sangat. Kerja part time nih pun aku boleh berhenti lepas CNY. Lebih sikitlah kan gaji yang aku dapat tuh. Boleh juga cover persediaan aku nak posting nanti.


p/s:Aku redha jerk kalau dapat mana-mana pun ;p