Friday, January 28, 2011

Wahh..Jadi Orang Putrajaya Plak..Selamat Tinggal Johor~~


Salam buat semua!!

Petang nih hidup aku jadi huru-hara kejap. Mahu lah tak tension. Orang lain dah tahu posting dapat dekat mana. Aku terkontang-kanting tak tahu lagi. Menyampah jerk rasa tadi. Bila semak dekat web KPM memang hancur lebur perasaan aku. Geram gila teramat. Dahlah geram, gila plak tuh. Ishh3


Lagi aku geram tapi tak gila bila line telefon asyik sibuk. Perghh! Nak menonggeng jugalah tadi. Dahlah mood dan hormon aku tak berapa nak betul. Tambah plak dengan isu posting nih. Bila buka FB, penuhlah wall group batch tuh dengan kejayaan masing-masing dah tahu tempat posting. Aku??


Tapi berkat kesabaran ibu jari nih menekan punat redial akhirnya nahh aku tahu juga posting dekat mana. Tapi aku memang tak sangka betul aku akan posting dekat situ!! Relak jerk suara akak tuh bagi tahu aku dapat dekat sana.

ND:Assalamualaikum.
Orang Itu:Waalaikumsalam. Yer ini bahagian *aku tak ingat dia cakap apa sebab timu tuh bising
ND:Kak, saya nak tanya pasal posting.
Orang Itu:Ohh. Berapa nombor ic adik?
ND:870913******
Orang Itu:Noor Asmawati yerk. Adik dapat dekat Putrajaya.
ND:Haaa!!

Disebabkan aku blur gila aku terus ucap terima kasih dekat akak tuh. Padahal banyak benda aku nak tanya dia. Aisehh. Sekali aku tercampak dekat Putrajaya plak kan. Kawan sekelas aku ramai yang dapat Kuala Lumpur. Memang nasib aku lah kan nak buat macam mana..


Hujung bulan nih aku kena berhenti kerja. Kena siap-siapkan barang untuk bertolak. Nih pon satu lagi masalah bila aku cuma ada motor jerk. Kena usaha cara lain plak. Nasib ada Fadh yang dapat Putrajaya juga. Alhamdulillah


p/s:Sedu sedan jugaklah masa telefon Encik JT~~