Wednesday, February 09, 2011

Daripada dugaan dan cabaran akhirnya memberi aku rezeki tidak ternilai~


Salam buat semua..

Sekarang aku dah ada mood malas nak update blog ;( Mencik betul kalau dah ada mood pemalas nih..
Lagi double triple benci sebab sampai sekarang aku tak pergi sekolah lagi..
Uhuuu..kawan-kawan aku dah mula mengajar walaupun subjek memang lari daripada opsyen..Aku plak jadi cikgu mengajar Danish dekat rumah..


Masa mula-mula dapat tahu posting:
Aku dapat dekat Putrajaya..Perghh..Memang azab tuh dapat sana..
Tapi okay juga sebab family belah abah banyak area Selangor..
Weekend boleh lepak kampung ;p
Dah deal lagi dengan Fadh nak jadi housemate..


Tapi, dua hari lepas tuh KPM call tarik balik masuk Johor..
Aisehh..Nih yang aku tak suka kalau kena tarik-tarik..
Aku dah cakap tak naklah masuk Johor sebab aku rasa macam ada agenda jerk main tarik-tarik nih..
Tapi aku plak yang digoda dipujuk rayu supaya terima tawaran tuh..
At last, aku terima tawaran tuh dengan agak berat hati..
Padahal kalau dekat Johor rumah dah tentu tak payah sewa..
Johor tempat aku membesar, tempat aku sekolah dulu-dulu..
Tapi Johor nih besar tahu tak!!Aku membesar pun dekat satu daerah jerk..


Bila dah tahu sekolah:
Nahh!!aku dapat SJKC. Mantap gila!!
Siap opsyen aku pun salah..
Aku penat-penat belajar opsyen Pendidikan Jasmani, alih-alih dia cakap aku opsyen Pengajian Melayu plak..Ishh3
Ingat sekejap ke aku belajar PJ tuh??Daripada ku nih putih sampailah aku nih dah tak putih..
Daripada aku nih dulu chubby sampailah sekarang aku maintain slim ;p Nih berkat aku belajar PJ tahu..
Lalu dengan berat hati aku pun terimalah SJKC tuh..Paling mantap sekolah tuh jauh gila daripada rumah aku..
Kalau merempit naik motor lebih kurang sejam gaklah..Dah bertambah masalah aku ;(


7 februari 2011, PPD Kluang:
Aku kena lapor diri dekat PPD Kluang..Dalam hati tawakal banyak-banyak supaya dipermudahkan urusan ;p
Dah penat dengar taklimat bagai, akhirnya diserahkan plak surat penempatan..
Huhhh!!Aku memang dah agak aku punya opsyen dia tulis PM~ohh what??!!
Aku apa lagi time tuh juga cakap direct dekat pegawai PPD..
dan paling tak sangka dia terus on the spot call JPN suruh tukarkan aku ke sekolah kebangsaan..Yeahhh hoo yeahh!!Ini aku suka gila~~
Sebab dia cakap yang patut dapat SJK adalah opsyen Pengajian Melayu sebab SJK kekurangan guru Bahasa Melayu ;)
Nahh..Aku bukanlah tak mahu ajar BM kan..tapi opsyen aku salah tuh yang membuatkan aku bengang beb..Aku pun tak delah meletakkan harapan yang setinggi gunung Everest supaya ditukarkan ke sekolah lain..


8 februari 2011, rumah sahabat di Kluang:
Aku call JPN untuk tanya status penempatan baru aku..
Alhamdulillah..pegawai PPD Kluang tuh tempatkan aku dekat sekolah yang dekat dengan rumah ;o
Syukur alhamdulillah masih ada insan yang memahami kepayahan aku yang sedikit itu..
Kepada Allah ku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana telah memakbulkan doa dan hajat ku..aminnn


9 februari 2011, di rumah peninggalan Abah:
Uhuu..Aku masih lagi off day..Kiranya nih cuti tambahan untuk aku sebelum pergi sekolah..
Pegawai JPN tuh suruh aku tunggu surat daripada PPD Kulai sebelum pergi sekolah..Mereka pun tak bagi aku pergi sekolah lagi sebelum dapat surat..
Holidays on earth again!! Wallahweeehh i like~~
Tapi bosan kot duduk dekat rumah sementelah rakan-rakan aku yang lain dah mula menjalankan tugas dekat sekolah ;(
Ada yang dah dapat macam-macam borang lagi..Dah ambil surat SPP lah, surat nak urus gajilah..
Erkk..Aku surat apa pun tak dapat lagi kecuali surat makluman konvo daripada IPG..
Caitt..Aku belum mula kerja dah minta RM200..Binaweeeeeee betul..Dahlah suruh bayar cepat!!




p/s:Tergolek bedebuk dekat simpang nak masuk sekolah..Malu syiot mak bapak pemandu bas ramai..Nasib ada helmet yang tolong mengurangkan rasa kemaluan~~